Popular dengan gelaran “The Best Airport on the Planet“, lapangan terbang Changi di Singapura sekali lagi mengujakan orang ramai!
“Changi’s Sweetest Treats“- Pop-up ini tersedia hingga 3 Mei 2022. Dan untuk info kamu, pop-up ini juga merupakan paparan Chupa Chups yang terbesar di Singapura.
Daripada lolipop gergasi warna-warni hingga ke permainan lolipop yang unik dan banyak lagi, pasti tak akan rasa bosan langsung berada di sini.
Di Mana Boleh Lihat Lolipop Gergasi Ini?
Bagi yang tertarik dan mahu melihat serta merasai pengalaman berada di dunia Chupa Chups gergasi ini, terus pergi ke Terminal 3 di lapangan terbang Changi.
Saranan DIVA, mula-mula sekali ambil gambar gambar di paparan lolipop gergasi Chupa Chups berperisa strawberi yang berukuran setinggi 3.5 meter.
Kemudian ikut laluan ke Taman Chupa Chups yang unik. Di sini kamu akan ‘disambut’ oleh bunga aster dan lolipop yang menari. Selepas itu teruskan ke taman permainan Chupa Chups. Menariknya di sini, kamu boleh bermain permainan;
- 4-seater carousel yang diperbuat daripada lolipop
- Ferris wheel lolipop yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa
Psst… Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di hadapan ilusi optik 3D merah jambu dan putih tau. Barulah kamu nampak seperti sedang memegang lolipop.
Semasa kamu berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk berbelanja dengan barangan eksklusif Chupa Chups. Belanjakan sebanyak $50 (RM210.20) di lapangan terbang Changi dan dapatkan pas diskaun ke bengkel S.M.A.R.T untuk peluang menangi Porsche Taycan.
Selamat mencuba!