Memang ambil masa yang lama kalau nak tunggu rambut kering dengan sendirinya. Tapi jika guna pengering rambut, sekelip mata sahaja rambut kering, terletak elok dan jimat masa.
Nak pilih pengering rambut ini senang sebenarnya, yang penting jangan pula pilih yang terlalu murah. Bukan apa bimbang rambut akan menjadi lebih kering dan rosak.
Jadi saranan DIVA, nak pilih pengering rambut mestilah daripada jenama ini;
Xiaomi Mi Ionic H300 Hair Dryer
Dilengkapi dengan magnetik 360° anti-panas Tuyere, anda boleh keringkan rambut dengan cepat dan efektif. Pengering rambut ini sesuai untuk si pengembara suka mengembara. Hanya lipat pemegangnya dan siap!
**Harga: RM129 [BELI]
Dyson Supersonic™ Hair Dryer
Nak keringkan rambut sambil bergaya? Pilih Dyson Supersonic™ Hair Dryer untuk empat jenis pemanasan dan satu kesejukan untuk dipilih. Ada tiga pilihan magnet yang berbeza, sesuai sangat kalau nak gayakan rambut selepas itu.
**Harga: RM2099 [BELI]
Philips SenseIQ Prestige Hair Dryer
Selepas guna pengering rambut daripada Philips, rambut anda akan mengekalkan 90% kelembapan dan berkilat sihat. Jangan lupa untuk cuba mod Gentle untuk penjagaan rambut tambahan, mod Kering untuk pengeringan biasa dan mod Pantas untuk peningkatan haba.
**Harga: RM569 [BELI]
Panasonic EH-NA98 Nanoe Hair Dryer
Menampilkan penderia suhu ambien, pengering rambut ini membolehkan anda untuk selaraskan aliran udara bergantung kepada keperluan. Selain mudah untuk anda tukar mod panas ke sejuk, anda juga boleh elak daripada rambut menjadi rosak dan kusut.
**Harga: RM899 [BELI]
Tineco Moda One Smart Ionic Hair Dryer
Yang best tentang pengering rambut ini, ia boleh mengesan tahap kelembapan rambut dengan tepat. Malah boleh selaraskan haba serta aliran udara secara automatik.
**Harga: RM1299 [BELI]
Jangan lupa untuk ucapkan selamat tinggal pada rambut kering dan rosak. Happy shopping!