Penulis percaya di kalangan pembaca setia DIVA, pasti ada yang pernah menggunakan kasut daripada jenama XES Shoes.
“Jenama lokal?”- Bila bercakap soal jenama lokal, tak dinafikan ramai yang tidak sangka kasut daripada XES ini sangat selesa bila memakainya. Ditambah pula dengan harganya yang murah, memang mesra poket!
Nak tahu lebih lanjut tentang XES Shoes, jom ikuti temu bual khas DIVA dengan Pengasas dan Pengarah Urusan, Simpson Wong Kean Hin di bawah;
Kasut Khas Untuk Kaki Rakyat Malaysia
Dikenali sebagai jenama yang mementingkan rekaan asas yang sesuai dengan jenis kaki rakyat Malaysia, XES Shoes sangat mementingkan butiran kecil seperti jahitan hingga bahan yang digunakan.
“Beberapa ciri yang perlu kami pertimbangkan semasa mereka bentuk kasut ialah iklim, budaya Malaysia, dan sudah tentu, struktur dan saiz kaki rakyat Malaysia.”
Keselesaan Pelanggan Keutamaan XES Shoes
Ujar Simpson, XES Shoes sangat teliti dan prihatin terhadap pemilihan perincian dalam sepasang kasut. Tujuannya adalah untuk beri keselesaan abadi dan kemas kepada pelanggannya.
Jika kasut yang dihasilkan tidak selesa, beri penekanan pada kaki atau menyakitkan, XES Shoes akan mereka semula kasut tersebut sebelum memasarkannya.
Hasilkan Kasut Mengikut Citarasa & Trend
“Produk kami terdiri daripada sandal, kasut, flat hingga wedges, tumit dan loafer. Untuk kasut sukan kasual wanita, anda boleh dapatkan di barisan Refresh. Manakala pakaian sukan luar dalam bagi lelaki di barisan Devo.”
Tidak mahu ketinggalan dalam fesyen kasut dan memenuhi keperluan citarasa peribadi setiap pengguna, XES Shoes menyediakan pelbagai kasut untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja Simpson juga mendedhakan setiap kasut yang dijual merupakan kasut mampu milik dan mengikut bajet setiap pelanggan.
Pandemik COVID-19 Bukan Penghalang XES Shoes
Tidak berputus asa ketika pandemik COVID-10, XES Shoes telah meluaskan perniagaannya secara dalam talian menerusi laman web rasminya [SINI].
Mengulas lonjakan jualan semasa pandemik, Simpson berkongsi penjualan dalam talian menjadi satu solusi yang terbaik selain kedai fizikal. Tambahnya falsafah syarikat telah menjadi tulang belakang dan motivasi padanya dan pekerja.
“Falsafah ini bergema di seluruh katalog syarikat yang semakin berkembang dan juga berfungsi sebagai motivasi untuk pasukan saya untuk melakukan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan.”
Cuba kongsikan dengan penulis, kasut apakah yang dimiliki oleh kamu dari XES Shoes?