“Aduh geramnya dengan kesan jerawat. Buat muka aku nampak tak flawless dan bertompok-tompok.”
Jerawat memang mengharukan, ia boleh melunturkan keyakinan seseorang. Proses nak menyembuhkannya memakan masa tapi dengan produk dermatologi ini, anda boleh bergembira dengan senang hati. Apa tidaknya ia dapat mengurangkan 80% kesan jerawat seawal 2 minggu!
DIVA memperkenalkan Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum. Serum istimewa dipatenkan dengan Thiamidol terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kesan jerawat sehinga 80%1. Hasil pertama akan dapat dilihat dalam masa 2 minggu dan penambahbaikan berterusan dari semasa ke semasa.
Tiga Bahan Disebalik Kuasa Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum
Baiklah, Thiamidol merupakan bahan eksklusif yang dipatenkan oleh Eucerin. Ia mengurangkan kesan jerawat, atau PHI dengan menangani punca utama penghasilan melanin dalam kulit.
- Foto – Eucerin
Thiamidol berupaya mengurangkan kesan jerawat berterusan dan menghalang penghasilan jerawat baru. Turut mengandungi Salicylic Acid untuk mengurangkan jerawat, serta Licochalcone A yang bertindak untuk meredakan iritasi. Formula ini menggunakan sebum-regulating technology yang memberikan kemasan matte yang tahan lama, dan kering pada kulit.
“Dengan membantu mempercepatkan tempoh pudar tanpa kesan jerawat, Triple Effect Serum menawarkan kelegaan fizikal dan emosi yang dapat meningkatkan kualiti hidup,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.
- Foto – Eucerin
Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum berharga RM115 (40ml) boleh didapati di farmasi terkemuka di seluruh negara. Ia akan meningkatkan keberkesanan apabila digunakan bersama-sama dengan Eucerin ProACNE Solution Day Bright Mattifying SPF30.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Eucerin Malaysia di www.eucerin.my.