Tahniah hoolah untuk ulang tahun yang ke-4!
Sempena sambutan ‘hari hoolah’ pada 1 Mac, hoolah meraikannya dengan menawarkan pengguna di Malaysia diskaun hari jadi sebanyak 40%. Ada juga bonus tambahan sebanyak RM30 sepanjang bulan Mac.
Tak biasa dengan hoolah? hoolah merupakan saluran Beli Sekarang Bayar Kemudian terkemuka di Asia. Di sini membolehkan pembeli untuk membeli barangan keperluan mereka dan membayar kemudian melalui 3 ansuran bulanan tanpa faedah.
Bahagian terbaik? Diskaun 40% terdapat pada fesyen & kecantikan sehinggalah kepada gaya hidup & keperluan rumah, merangkumi Handmade Heroes, Melissa, NIHON Skin, Nita Cosmetics, dan banyak lagi.
Handmade Heroes
Terkenal dengan rangkaian penjagaan kulit semula jadi yang diperbuat dengan minyak dan ekstrak botani. Di sini, Handmade Heroes bakal melancarkan Ultimate Dewy Skin Kit edisi terhad pada harga RM237.40 – potongan sebanyak 12%.
- Foto – hoolah
Set ini mengandungi produk The Ultimate Bakuchiol Booster Oil dan The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid, inilah padanan kuasa yang perlu dimiliki oleh setiap peminat penjagaan kulit.
Jurlique
- Foto – Jurlique
Beli-belah dan menikmati diskaun 40% dari rangkaian produk terlaris Jurlique. Antaranya ialah Activating Water Essence +, UV Defence High Protection Lotion SPF 50 PA++++, dan juga Krim Tangan Jurlique Rose Luxe Edition.
Nita Cosmetics
- Foto – hoolah
Di Nita Cosmetics, anda boleh mengenakan pengilat kuku dengan mudah. Koleksi NITA Resepi Peelable Nail Polish dikupas dengan mudah tanpa merosakkan kuku anda. Malah, turut jenama kecantikan ini turut melancarkan Beg Tote Pasaraya mesra alam yang meliputi pelbagai warna.
NIHON Skin
NIHON Skin terkenal dengan Krim Pencerah Wajah, ia merupakan pelembap harian yang dirumus khusus untuk kulit penduduk Asia.
Menampilkan bahan-bahan utama merangkumi retinol, arbutin, asid kojic, serbuk mutiara dan minyak biji jojoba, keperluan produk kecantikan ini direka untuk mencerahkan kulit yang kusam, memudarkan parut jerawat, merawat keradangan kulit, mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
Sweet Peachier
- Foto – hoolah
Sepanjang Mac, Sweet Peachier menawarkan potongan 10%. Antaranya Sweet Peachier IPL Laser Hair Removal Handset, alatan kompak, mudah alih dan anggun, ia menyasarkan melanin dalam folikel rambut dan menghalang pertumbuhan semula rambut dengan sekurang-kurangnya lapan sesi.
Rujuk laman web www.hoolah.co untuk info lebih lanjut. Atau muat turun aplikasi di App Store /Google Play.