Sangat-sangat berkelas dan nampak mewah, lima bintang untuk Koleksi Signature daripada COACH!
Untuk Musim Bunga 2022, COACH memperkenalkan koleksi Signature yang menampilkan Danielle, Este, Alana, Ma Zhe dan Xiao Wen Ju.
Untuk info anda, kempen koleksi ini mengisahkan tentang hab kebudayaan New York dan Shanghai. Dalam kempen ini, kumpulan artis dan model mencerminkan keyakinan dan selera fesyen mereka dalam dunia sekarang.
Sambil menerapkan gaya peribadi dengan corak ikonik COACH, anda boleh mendapatkan koleksi Signature ini dalam beberapa item. Antaranya adalah pakaian denim sedia dipakai, but dan termasuklah item ikonik COACH seperti Rogue, Tabby dan Field Tote.
Sekadar info tambahan, kempen dan koleksi Signature ini merupakan kesinambungan mesej daripada kempen That’s My Ride yang menampilkan Megan Thee Stallion, Jennifer Lopez dan banyak lagi.