Memandangkan kehidupan moden yang kita jalani hari ini penuh dengan kesibukan dengan melalui jadual harian. Ini membawa kepada peningkatan tekanan, kurang tidur, tabiat pemakanan tidak sihat dan pendedahan kepada cahaya biru daripada peranti digital.
Lantas, gaya hidup ini telah mewujudkan keletihan kulit dan dehidrasi digital yang mempercepatkan kekeringan kulit. Keletihan kulit (skin burnout), keadaan di mana kulit anda kehilangan keupayaan untuk mengekalkan penghidratan sepenuhnya di dalam kerana keadaan kulit yang rosak.
- Foto – LANEIGE
Keletihan kulit bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki oleh penghidratan biasa. Inilah sebabnya LANEIGE menghasilkan penyelesaian untuk mendalami dehidrasi, dengan Water Bank Blue Hyaluronic serba baru.
Ia mengandungi Blue Hyaluronic Acid untuk memberikan kulit penghidratan yang lebih mendalam tetapi juga menyediakan penyelesaian yang berkuasa di luar penghidratan, kuasa pembaikan kulit yang kuat. Secara asasnya membina kekuatan kulit dalaman anda untuk tahan teguh menentang dehidrasi sebelum ia membawa kepada sebarang masalah penuaan.
- Foto – LANEIGE
Rangkaian ini mengandungi pembersih, essence toner, emulsion, serum, krim dan krim mata.
Nota – Rangkaian ini mempunyai 3.61 kali ganda* pembaikan kerosakan penghalang kulit yang lebih kuat, pengukuhan penghalang kulit dan pengekalan lembapan dengan Blue Hyaluronic Acid. Hyaluronic Acid adalah 2,000 kali** lebih kecil yang membolehkan sehingga 263 kali ganda*** penyerapan kulit lebih cepat. Blue Hyaluronic Acid juga memberikan kesan pengukuhan penghalang kulit tiga kali ganda untuk penghalang kulit yang rosak di epidermis.
Water Bank Blue Hyaluronic serba baru akan berada di pasaran pada Mac, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.