Bila tiba hujung minggu, apa yang kamu lakukan di rumah?
Jika kamu tidak lakukan apa-apa pada hujung minggu, psst… DIVA nak kongsikan satu perkara yang boleh jadikan kamu sedikit ‘produktif’. Ianya adalah cafe hunting!
Tapi dalam entri ini, DIVA spesifikkan kepada kafe-kafe minimalis sahaja. Bagi yang memerlukan cadangan kafe minimalis, lihat senarai kafe minimalis ini di sekitar Lembah Klang.
Orito
Di Orito, kamu dapat melihat rekaan bentuk dalamannya yang diinspirasikan oleh perindustrian minimalis. Nampak cantik dengan bangku beralun di tengah-tengah kafe.
Terkenal dengan bun choux buatan tangan yang dihiasi dengan cremeux atau curd di atasnya, memang rugi kalau tak cuba!
Vernakular Store
Terletak di antara deretan kedai jam, Vernakular Store direka untuk mereka yang memerlukan rehat dan mahu hilangkan dahaga.
Batu kerikil yang menggantikan jubin dan menggunakan kayu asli sebagai kerusi menjadikan ia kafe yang lebih natural dan ada aura semula jadi.
Three Years Old
Di sini kamu boleh mencuba pelbagai jenis makanan termasuklah pastries dan juga kopi. Jika mahu kunjungi, kafe ini hanya terima pelanggan walk-in dan tiada tempahan.
Curio Coffee Roaster
Serba putih dengan sedikit hint warna hijau dan coklat menjadikan kafe ini nampak lebih berseri. Ditambah pula dengan pelbagai jenis pastri yang menarik dan kopi, memang tak rasa terbazir masa hujung minggu.
Walaupun nampak minimalis tapi sesuai untuk jadi port kamu bergambar tau! Selamat mencuba.