Nampaknya bibir tebal yang penuh terus menjadi pilihan setiap wanita. Rawatan botox secara halus ini boleh mencipta ilusi bibir tebal dan penuh, serta menggiurkan.
Jika anda mencari rawatan estetik secara ringan untuk meningkatkan senyuman, maka lip flip mungkin pilihan rawatan yang bagus untuk anda. Lip flip sangat menjimatkan kos dan masa, yang berfungsi untuk memberi garisan semula jadi dan kelengkungan bibir anda, menggebukan bibir atas yang menawarkan hasil serta-merta.
Lip flip, suntikan botox kecil pada bibir atas
Suntikan lip flip melibatkan beberapa unit botox di sepanjang otot bibir atas, berhampiran sempadan, untuk menjadikan bibir kelihatan lebih penuh. Ini menghasilkan bibir atas yang lebih penuh, gebu, tetapi kelihatan semula jadi, membentuk cupid bow yang lebih jelas.
- Foto – FB @PerfectlipsbeautyDoc.1
Semasa prosedur lip flip, akan menyuntik sejumlah kecil neurotoksin pada bibir atas. Setelah disuntik, neurotoksin itu melegakan otot orbicularis oris (bahagian otot di bibir atas), menyebabkan bibir naik sedikit di atas dan kelihatan lebih tebal.
“Prosedur akan mengambil masa lima hingga 10 minit. Suntikan boleh menyengat sedikit, tetapi rasa sakit itu berkurangan selepas beberapa saat.
Dipetik dari Womens Health, suntikan ini juga boleh membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di sekitar mulut buat sementara waktu.
- Foto – Womens Health
Selepas rawatan, anda tidak boleh menyentuh, menekan atau melakukan apa-apa yang boleh merengsakan kawasan selama sekurang-kurangnya beberapa jam. Anda juga mungkin kena berpantang makanan, boleh rujuk doktor apa yang patut dan elak.
Lip flip tidak menampakkan perubahan drastik pada bibir, memandangkan ia fokus pada bahagian cupid bow. Hasilnya agak halus tapi masih bibir atas anda akan kelihatan lebih cantik dan penuh daripada biasa.
Kerana prosedur ini memerlukan sejumlah kecil neurotoksin, hasilnya biasa bertahan tiga hingga empat bulan.