Akhirnya! Koleksi Musim Gugur/Sejuk di Minggu Fesyen New York 2022 baru sahaja selesai baru-baru ini.
Disebabkan oleh itu, DIVA MY nak kongsikan beberapa pakaian selebriti yang sangat bergaya sepanjang acara itu berlangsung.
Daripada Blake Lively, Emily Ratajkowski sehinggalah Megan Thee Stallion, jom lihat 7 pakaian selebriti yang super bergaya ketika Minggu Fesyen New York!
Blake Lively
Nampak sangat cantik apabila Blake mengenakan set two-piece skirt dalam warna biru pucat ketika pertunjukan Musim Musim Luruh/Sejuk 2022 Michael Kors.
Gayanya dilengkapkan dengan jaket berwarna sama seperti set skirt, clutch dan kasut tumit tinggi bertali.
Lea Michele
Aktres siri komedi “Glee”, Lea telah menghadiri pertunjukan Musim Luruh 2022 Hervé Léger dengan memakai pakaian serba putih daripada koleksi Pra-Gugur 2022 jenama itu.
Diane Kruger
Semasa pertunjukan Musim Luruh/Sejuk 2022 Jason Wu , Diane telah memakai baju yang berwarna fuchsia yang dipadankan dengan skirt denim yang dibelah di bahagian pahanya.
Yang menariknya, bahagian dalam skirt denim tersebut mempunyai warna yang sama seperti bajunya.
MJ Rodriguez
Lain daripada yang lain! Pelakon MJ Rodriguez telah mengenakan sheer outfit di pertunjukan Musim Luruh/Sejuk 2022 Christian Siriano yang mempamerkan bahagian tengah badan dan sebahagian kakinya.
Madelaine Petsch
Pelakon siri Riverdale, Madelaine telah bergaya dengan gaun sleeveless tri-color di pertunjukan Musim Luruh/Sejuk 2022 Tory Burch.
Gaun Madelaine itu telah dilengkapkan dengan tali pinggang Tory Burch berwarna hitam dan emas klasik, but berwarna coklat dan beg tangan jenama tersebut.
Emily Ratajkowski
Ketika pertunjukan Musim Musim Luruh/Sejuk 2022 Michael Kors, model ini mengenakan kot jacquard zebra dalam warna kuning dan hitam oleh Proenza Schouler daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2022.
Pada masa yang sama, Emily lengkapkan gayanya dengan beg Embossed Dia Day Bag dalam warna midnight.
Megan Thee Stallion
Penyanyi ini telah tampil dengan pakaian serba hitam di pertunjukan Musim Luruh 2022 oleh COACH.
Megan telah memakai kot kuli paras lutut, bustier top, pointy ankle boots dan skirt kulit. Manakala aksesorinya pula ada tali pinggang berwarna perah dan beg tangan mini COACH.
Memang super bergaya kan?