Tahniah kepada Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan suaminya, Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Perkahwinan pasangan diraja Brunei ini menjadi tumpuan seluruh dunia kerana diadakan selama 10 hari bermula 16 Januari hingga 25 Januari.
Sepanjang majlis istiadat perkahwinan ini Puteri Fadzilah telah tampil memukai dengan persalinan yang mewah. Paling menjadi bualan orang ramai adalah mahkota yang dikenakan oleh puteri ini.
Puteri Fadzilah mengenakan 3 jenis mahkota iaitu semasa di Majlis Istiadat Berbedak, Majlis Istiadat Bersanding dan Majlis Persantapan Diraja.
Ketika di Majlis Istiadat Berbedak, Puteri Fadzilah mengenakan mahkota emas yang tinggi. Mahkotanya itu diperincikan dengan bunga-bunga emas, putih dan kuning serta batu berwarna ungu seperti zamrud.
Manakala di atas mahkotanya pula terdapat bentuk seperti bot naga yang berkepala dua yang mempunyai batu ungu dan juga emas.
Di Majlis Istiadat Bersanding pula, puteri ini mengenakan mahkota berlian yang berkilau yang dipadankan dengan aksesorinya yang lain iaitu rantai, cincin dan anting-anting.
Untuk Majlis Persantapan, Puteri Fadzilah memakai mahkota berlian yang mempunyai 6 batu zamrud hijau di tengahnya yang dipadankan dengan aksesori dan pakaiannya.
Untuk pengetahuan kamu, mahkota berlian dan zamrud ini merupakan milik Permaisuri Saleha yang membawa maksud kemewahan.