Disebabkan oleh kekangan masa dan bajet, penulis yakin pasti ramai yang batalkan niat untuk menginap di hotel mewah kegemaran mereka.
Tetapi dengan adanya aplikasi FLOW, anda boleh menginap di mana-mana hotel pilihan dalam masa beberapa jam sahaja atau daycation.
Nak tahu bagaimana caranya, jom lihat di bawah;
FLOW Beri Peluang Inap Di Hotel Mewah
Info untuk kamu, aplikasi FLOW merupakan aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk individu membuat tempahan hotel mewah.
Tanpa mengira waktu standard daftar masuk hotel, individu boleh menempah hotel ikut kesesuaian masa mereka. Tak kiralah sejam, dua jam atau sehari, mereka hanya perlu bayar untuk jumlah yang ditempah sahaja.
Cara-caranya:
- Muat turun aplikasi FLOW [Google Play Store / App Store] dan daftar butiran.
- Selepas selesai mendaftar, pengguna boleh memilih hotel kegemaran mereka.
- Tentukan slot masa pilihan atau tempoh setiap jam.
- Bayaran perlu dibuat di hotel.
[Ralat: Pembatalan secara percuma akan terjadi sekiranya tidak dapat mendaftar masuk pada waktu yang ditetapkan.]
Aplikasi FLOW mempunyai lebih 300 hotel pilihan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang. Di kawasan Lembah Klang pula, terdapat 40 hotel pilihan tersedia untuk tempahan setiap jam.
Pengguna aplikasi FLOW boleh mendapatkan bilik hotel di antara julat harga RM40 sehingga RM300.