Tingkatkan penampilan solekan mata dengan warna serba boleh yang berfungsi dengan baik pada pelbagai warna kulit.
Jika azam kecantikan anda untuk tahun 2022 adalah untuk keluar dari zon selesa anda, ini masanya! Ambil contoh untuk rupa solekan yang dikenakan oleh Aina Abdul dan Nabila Huda baru-baru ini. Kedua-dua personaliti hebat ini bermain dengan solekan mata rona ungu yang membuatkan penampilan bertambah memukau.
“Ungu adalah warna yang sangat serba boleh, ia kelihatan hebat pada semua orang.”
Hasil Tangan Jurusolek Bosco
Ditata rias oleh jurusolek @boscoryzal, permainan warna ungu yang tidak keterlaluan sarat disesuaikan dengan mekap asas dan gincu bibir nude atau gloss. Untuk rupa ini, warnakan di keseluruhan mata – bahagian atas dan bawah untuk nampak dramatik. Blend sebaiknya agar tidak nampak comot dan warnanya sekata. Ini akan memberikan hasil dan sentuhan solekan yang memuaskan.
Kalau anda nak mendapatkan palet eyeshadow himpunan rona ungu, ini cadangan dari penulis.
- Anastasia Beverly Hills Norvina Pro Palette Vol. 5 (RM330)
- Foto – Anastasia Beverly Hills
- Huda Obsessions Palette in Amethyst (RM135)
- Foto – Huda Beauty
- Natasha Denona Retro Eyeshadow Palette (RM295)
- Foto – Natasha Delona
- Urban Decay Naked Ultra Violet Palette (RM245)
- Foto – Urban Decay
Mudahkan? Rajin berlatih kalau nak dapatkan solekan Aina Abdul dan Nabila Huda ini.