Kita boleh melihat seseorang wanita mungkin menghasilkan hormon testosteron yang berlebihan melalui perubahan fizikal dan personalitinya.
Testosteron merupakan hormon androgen yang disignifikasi pada kaum lelaki, tetapi wanita juga mempunyainya cuma tidak banyak.
Dipetik dari Hello Doktor, sebenarnya semua wanita mempunyai sedikit hormon testosteron di dalam badan. Testosteron bersama-sama dengan estrogen (hormon seks wanita) berfungsi untuk mengekalkan kesihatan tisu reproduktif wanita.
Kadar testosteron yang normal dalam badan lelaki ialah sebanyak 300 – 1000 ng/dL, bagi wanita pula adalah sebanyak 9 – 55 ng/dL. Jika kadar teststeron kamu melebihi kadar normal, kamu mula melihat diri-ciri seperti pertumbuhan bulu muka yang berlebihan, jerawat, atau keguguran rambut serta beberapa yang lain.
- Foto – Health
Berikut adalah tanda-tanda badan kamu menghasilkan terlalu banyak testosteron.
Kamu mengalami jerawat berterusan
Peningkatan jerawat adalah salah satu tanda terbesar bahawa badan kamu menghasilkan terlalu banyak testosteron. Contoh jerawat yang berterusan, jelas kelihatan dan tidak kira apa yang kamu lakukan tetap tidak akan hilang.
Pertumbuhan bulu di muka atau dada
Jika kamu perasan bulu kelihatan di muka, dagu atau dada, mungkin sudah tiba masanya untuk berjumpa dengan doktor bagi membantu kamu mengetahui sama ada tahap testosteron kamu terlalu tinggi.
Kamu mengalami rambut gugur atau botak
Terlalu banyak testosteron boleh mengakibatkan rambut kamu gugur secara tiba-tiba. Walaupun wanita mempunyai estrogen yang mencukupi untuk mengelakkan botak, tetapi jika testosteron berlebihan, kamu tidak dapat elak.
Tiba-tiba berat badan bertambah
Dalam kes ini, apabila terdapat testosteron yang berlebihan, penambahan berat badan akan ketara. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan kamu mengidamkan makanan yang tinggi lemak dan gula, yang boleh membantu keupayaan untuk menambah berat badan dengan cepat.
Kelamin nampak membesar
Bunyinya agak pelik tapi ia memang berlaku. Kelamin yang telah membesar dengan ketara daripada saiz biasanya adalah petanda yang pasti bahawa terdapat lebihan testosteron mengalir melalui badan kamu.
Kamu mengalami peningkatan dalam dorongan seks
Hiperseksual atau ‘libido yang terlalu tinggi’, boleh disebabkan oleh terlalu banyak testosteron. Jika kamu perasan perubahan ketara dalam dorongan seks, yang membuatkan kamu lincah sepanjang hari, kamu mungkin ingin memeriksa tahap testosteron.
Kamu selalu merajuk atau agresif
Wanita yang mempunyai tahap testosteron yang tinggi mungkin menunjukkan perubahan ganjil dalam personaliti seharian mereka. Agresif yang secara tiba-tiba, dan kekurangan kawalan impuls adalah kemungkinan kesan sampingan yang datang daripada terlalu banyak testosteron.
Jika kamu mempunyai tanda-tanda ini, sila rujuk dengan doktor.