Seorang wanita dari Indonesia mula menjadi perbualan ramai gara-gara ‘mengubah’ wajahnya selepas ditinggalkan oleh bekas kekasihnya.
Berkongsi video pendek di TikTok, Gendhis Momo (@gendhismo) pada awalnya menunjukkan wajahnya sebelum mekap. Sambil itu dia mula mengenangkan apa yang dikatakan oleh bekas kekasih terhadap dirinya.
Hitam? Kamu hodoh? Tak bergaya? Kotor? Kita putus jelah.”
@gendhismo Astagaaa ini video pertamaku yg sempet viral dulu … wkakakkakaka #tiktokthrowchallenge #tiktokthrowback2019
Dedah wanita ini selepas wajahnya sudah ‘berubah’ menjadi cantik, bekas kekasihnya mula mendekatinya kembali. Ujarnya bekas kekasih mahu menjalinkan hubungan dengannya semula.
“Setelah menjadi bekas kekasih, dia mahu bercinta semula. Jadi memang tidaklah!”
Video yang ditonton hampir 4.2 juta di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain. Ada yang mahukan tips untuk bermekap dan ada juga yang mengatakan wajahnya mirip seperti penyanyi Indonesia, Erie Suzan.
Bagi mereka di luar sana, jangan ingat bahawa wanita yang tak berhias atau bermekap itu tak boleh menjadi cantik dalam sekelip mata ye!