Malu bila orang tegur dari jauh sudah nampak wajah kamu berkilat penuh dengan minyak? Jangan risau kerana kamu boleh atasi masalah ini dengan clay mask.
Kalau kamu nak tahu, clay mask adalah abu gunung berapi atau lumpur bumi berupaya untuk menyerap minyak dan mengurangkan sebum berlebihan di wajah.
Walaupun clay mask sangat bagus untuk kulit berminyak dan berjerawat, tetapi ada juga beberapa jenis kulit lain juga boleh memakainya. Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian di bawah;
Apa Sebenarnya Clay Mask?
Clay mask merupakan sejenis masker yang terbaik dalam menyerap lebihan minyak di wajah, kotoran dalam pori dan mengecilkan pori di wajah.
Selain kaolin clay dan bentonite clay, clay mask juga terdiri daripada French green clay, Fuller’s earth clay dan Morrocan Rhassoul clay mengikut jenis kesesuaian kulit.
Jangan kamu tersilap pula, clay mask bukanlah mud mask. Mud mask berfungsi sebagai healing agent manakala clay mask adalah drying agent. Selain boleh digunakan pada wajah, clay mask juga boleh digunakan pada badan dan rambut.
Bagaimana Nak Pilih Clay Mask Yang Betul?
Sebelum gunakan clay mask, pastikan kamu tahu yang mana satukah sesuai untuk wajah dan keperluan kulit kamu.
- Kaolin clay atau China clay sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif kerana dapat menghilangkan kotoran tanpa mengeluarkan minyak berlebihan di wajah.
- Bentonite clay untuk kulit normal, berminyak dan alergi. Clay mask jenis ini bersifat antibakteria dan anti inflamasi yang membantu mengurangkan alergi kulit.
- French green clay atau sea clay sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat dan berpori besar. Fungsinya adalah untuk membuang kotoran dari permukaan, menghalang pembentukan sebum berlebihan dan pori yang terbuka.
- Fuller’s earth clay pula sesuai untuk kulit yang sangat berminyak. Kebaikannya adalah untuk memperbaiki skin tone dan complexion serta meredakan keradangan kulit.
- Morrocan rhassoul clay digunakan pada kulit yang terdedah pada toksin. Fungsinya adalah untuk menguatkan kembali skin barrier, membersihkan kotoran, menganjalkan kulit dan menyahtoksin racun dari kulit.
5 Clay Mask Terbaik Dari Drugstore
Bagi yang tak tahu mahu membeli clay mask yang mana sebagai permulaan, cuba pertimbangkan 5 clay mask terbaik ini daripada drugstore.
CLINELLE Purifying Clay Mask [BELI]
Nak wajah yang licin dan flawless dalam masa yang singkat, amalkan memakai clay mask CLINELLE. Bukan sahaja blackhead dan whitehead hilang, malah jeragat dan jerawat pun makin pudar. Kulit juga akan rasa lebih lembap.
NEOGENCE Deep Pore Cleansing Mask [BELI]
“All in one“- Clay mask NEOGENCE mampu menyelesaikan masalah kulit yang pelbagai seperti memudarkan parut jerawat, jerawat, sebum, jeragat dan sebagainya. Jika ada keradangan kulit dan pori terbuka, clay mask jenama ini sangat sesuai untuk digunakan!
GOOD VIRTUES CO. Purifying Clay Mask [BELI]
Mengandungi bahan semula jadi seperti habbatussauda, Jeju Lava, purple clay dan sebagainya, clay mask ini membekalkan nutrisi dan antioksidan pada kulit untuk kelihatan lebih sihat.
FREEMAN Purifying Avocado + Oatmeal [BELI]
Ramai yang tahu avocado dan oatmeal memang berkhasiat untuk kulit dan juga dalaman badan. Bila gunakan clay mask jenis ini bukan sahaja menghalang kotoran dan minyak berlebihan, malah boleh melembapkan dan melembutkan kulit.
PINK BY PINK BEAUTY Bye Bye Pores Clay Mask [BELI]
Clay mask dari PINK BY PINK BEAUTY ini berkebolehan dalam menyerap sebum dan menutup segala liang pori terbuka di wajah. Kandungan yang digunakan dalam clay mask ini memberikan kesegaran dan kulit yang bersih secara mendalam.
Cara nak gunakan clay mask ini mudah saja;
- Pertama sekali bersihkan wajah.
- Kemudian ambil clay mask dan sapu secara nipis di bahagian wajah.
- Pastikan kamu pakai dalam masa 5-10 minit sahaja atau sehingga clay mask kering dan warnaya berubah. Akhir sekali bilas dengan bersih.
- Gunakan sebanyak 1-2 kali seminggu.
Selamat beramal!