Hanya di Viu Original, drama siri “GANJIL” ini menampilkan gandingan pelakon Fattah Amin dan Diana Danielle. Drama bertemakan fantasi dan romantik ini bakal ditayangkan pada 30 September 2021.
Apa Yang Menarik Tentang “GANJIL”?
Fakta untuk kamu, drama siri “GANJIL” menggabungkan dua genre berbeza iaitu fantasi dan romantik. Yang menariknya, gabungan genre ini menghasilkan jalan cerita yang berbeza dan tidak seperti apa yang penonton sangkakan.
Ditayangkan 10 episod semusim, “GANJIL” adalah sebuah kisah dua individu yang tidak dikenali iaitu Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle). Mereka tidak pernah berjumpa dalam realiti tetapi hanya berjumpa dalam mimpi.
Menerusi fantasi dan mimpi yang “GANJIL” ini, penonton bakal merasai keresahan dan keterujaan oleh Amry dan Nabila. Tapi cerita ini tidak lengkap jika tiada watak sampingan seperti Izzue Islam dan Fatin Afeefa yang memainkan peranan utama dalam hidup Amry dan Nabila.
Apa Perbezaan “GANJIL” Dan Drama Siri Lain?
“GANJIL bukan cerita kisah cinta yang biasa. Drama siri ini sangat berbeza daripada yang lain kerana ia menceritakan dua orang yang berbeza dalam dunia realiti tetapi mimpi menyatukan mereka”, ujar Datuk Yusry.
Diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, “GANJIL” merupakan kisah cinta dan fantasi tetapi tidak cliche dan boleh dijangka seperti beberapa drama siri lain. “GANJIL” memberikan penonton satu pengalaman peribadi untuk merasai seolah-olah mereka watak utama. Dedahnya lagi, elemen kejutan dalam drama siri ini akan membuatkan penonton menjadi lebih teruja.
Tambah Datuk Yusry, mimpi yang “GANJIL” ini bukanlah melibatkan masalah kesihatan mental. Tetapi ianya berkait rapat dengan perkara lepas atau seseorang yang pernah wujud dalam hidup sama ada sedar atau tidak.
Di Mana Boleh Tonton “GANJIL”?
Bagi penonton yang mahu menonton drama siri “GANJIL”, kamu boleh melayari laman web rasmi VIU atau muat naik turun aplikasi VIU menerusi Google Play, App Store dan TV pintar terpilih bermula 30 September 2021. Dua episod akan ditayangkan pada setiap Khamis.
Manakala bagi penonton Maxis TV pula, VIU akan menayangkan “GANJIL” lima hari lebih awal. Tayangan awal eksklusif ini akan diadakan pada 25 September 2021 dengan dua episod ditayangkan seminggu. Bagi episod seterusnya ia akan ditayangkan pada tarikh sama penyiaran di VIU.
Sinopsis “GANJIL”
Drama siri “GANJIL” menceritakan tentang Amry (Fattah Amin) iaitu seorang jurutera IT introspektif dan Nabila (Diana Danielle), artis sosial media. Mereka berdua merupakan dua individu yang tidak kenal antara satu sama lain dalam dunia realiti tetapi takdir mempertemukan mereka dalam cara yang aneh.
Menerusi sebuah mimpi, persahabatan di antara dua individu mula terjalin dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka.
Amry dan Nabila menyangkakan mimpi tersebut adalah imaginasi sehinggalah mereka menemui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing dalam dunia realiti. Apabila cuba berhubung, Amry dan Nabila sedar bahawa takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi VIU untuk tonton keseluruhan drama siri “GANJIL”. Selamat menonton!