Ramai daripada kita yang tidak memakai sunscreen, walhal ia step yang sangat penting. Sunscreen melindungi kulit kita dari bahan toksik akibat pencemaran dan sinar matahari yang boleh merosakkan kulit, malah kanser kulit.
Di pasaran terdapat macam-macam jenis sunscreen, ada jenis mineral dan chemical. Tapi mana satu yang sesuai untuk kulit, dan perbezaannya?
Macam Mana Cara Mineral dan Chemical Sunscreen Berfungsi
Kedua sunscreen melindungi kulit dari kesan berbahaya dari sinar UV matahari dengan cara yang sangat berbeza.
- Foto – Cleveland Clinic
Mineral sunscreen terdiri dari bahan zinc oxide dan titanium dioxide, adalah zarah kecil yang duduk di permukaan kulit dan secara fizikal menghalang sinar UV menembusi kulit. Kamu boleh juga menggunakan sunscreen ini di atas produk penjagaan kulit yang lain.
Chemical sunscreen pula membenarkan cahaya UV masuk ke kulit. Sebaik saja cahaya diserap ke dalam kulit, bahan kimia dalam sunscreen (oxybenzone, avobenzone, octisalate, octocrylene, homosalate, dan octinoxate) mewujudkan tindak balas kimia di mana cahaya UV ditukar menjadi panas, dan panas hilang dari kulit.
Kelebihan Chemical Sunscreen
Sunscreen jenis ini cenderung menyerap dengan cepat dan kering, menjadikannya sesuai untuk orang yang mencari pelindung matahari yang boleh pakai setiap hari.
- Foto – Buro Malaysia
Kemasannya lebih ringan dan tidak berkapur, menjadikan sunscreen ini sesuai untuk orang yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap (kerana walaupun melanin memberikan perlindungan dari sinaran UV, tidak cukup untuk pelindung matahari).
Kelebihan Mineral Sunscreen
Mineral sunscreen sangat lembut, yang menjadikannya pilihan ideal bagi orang yang mempunyai masalah kulit. Bahan aktif dalam sunscreen jenis ini dipercayai lebih mesra alam daripada jenis chemical.
Oleh itu, sunscreen ini lebih disukai bagi mereka yang ingin mengamalkan rutin kecantikan yang sustain.
Chemical sunscreen menggunakan bahan kimia untuk menyaring sinar UV yang merosakkan, manakala, mineral suncreen secara fizikal menyekat sinaran ultraviolet dengan bahan seperti titanium dioxide atau zinc oxide.
Disebabkan itu, mineral sunscreen kadang-kadang disebut physical sunscreen atau sunblock.
Mana satu sesuai dengan kulit anda? Chemical sunscreen mudah digunakan, ia juga tidak meninggalkan white film pada kulit. Chemical suncreen secara statistik menunjukkan prestasi yang lebih baik pada ujian pengguna yang melihat berapa lama ia melindungi kulit dari sinaran UV.
Bottom line, terpulang dan lihat jenis kulit anda juga sebelum membeli sunscreen.