“Argh, aku sunyi!” – Siapa pernah jadi atau rasa seperti Fazura, menjerit di pasaraya kerana masih single?
- GIF – Tenor
Jadi satu-satunya individu single akan membuatkan kamu berasa sunyi dan memerlukan seseorang. Tapi ingat, jadi single bukan bermaksud kamu seorang yang loser ye. Malah jadi single ini memberi peluang pada kamu untuk beri tumpuan dan bahagiakan diri sendiri.
Entri kali ini, Wanista senaraikan enam perkara yang hanya orang single faham, tambah-tambah bila berada di antara mereka yang berpasangan.
Selalu jadi third wheel
Memang kekok sangat bila jadi third wheel. Lihat rakan kamu dan pasangannya bermesra, secara automatik kamu tak tahu nak buat apa.
Cadangan penulis jika rakan minta kamu jadi third wheel, lebih baik kamu bawa sesiapa untuk menemani kamu. Sekurang-kurangnya kamu tidak kesunyian dan kekok berada di sekitar mereka.
Orang selalu tanya kenapa masih single
Penat dan rimas!
Penulis percaya sampai ke saat ini, pasti kamu tidak boleh mengira berapa ramai orang yang telah tanya mengapa kamu single setiap kali berjumpa atau berkumpul. Tak kiralah rakan atau ahli keluarga, status perhubungan kamu nampaknya lebih penting pada mereka.
‘Relationship goals’ di seluruh media sosial
Memang seronok lihat pasangan bahagia atau posting mengenai relationship goals di media sosial. Tetapi kalau kerap sangat, memang boleh buat orang single jadi sedih dan tertekan.
Bukan apa penulis bimbang orang single akan terburu-buru dan buat keputusan salah untuk bina hubungan. Daripada boleh bahagia dan gembira, hubungan tersebut boleh menjadi toksik gara-gara terpengaruh dengan hubungan orang lain.
Kerap muat turun dan padam aplikasi temu janji
Ada masanya kamu rasa aplikasi temu janji ini adalah satu idea yang baik untuk mencari calon pasangan. Tetapi keesokkan harinya kamu akan rasakan ia adalah pilihan yang salah dan mula padamkannya.
Penulis faham kamu juga mahukan hubungan tetapi bimbang tidak menjadi seperti yang kamu mahukan. Jangan risau, tak salah sebenarnya nak mencuba tetapi jangan terikut-ikut akan orang lain okay? Biarkan ianya datang dari sendiri apabila kamu sudah bersedia.
Setiap seorang rakan kamu sudah ada pasangan
Menjadi single dalam kumpulan kamu memang menyeronokkan kerana kamu bebas lakukan apa sahaja. Tetapi jika setiap seorang rakan kamu mula ada pasangan, kamu perlu bersiap sedia.
Rasa ditinggalkan dan tidak diperlukan itu akan sentiasa ada. Tambah-tambah lagi bila kamu ajak mereka berjumpa, jangan terkejut pula kalau mereka lebih pilih untuk bersama dengan pasangan.
Sering jadi ‘kaunter’ nasihat pada yang berpasangan
Tak dinafikan individu yang single akan menjadi mangsa kepada mereka yang berpasangan. Kebanyakan pasangan akan mencari rakan mereka yang single untuk meminta nasihat mengenai hubungan.
Bila fikir secara logik, bukankah individu yang berpasangan lebih tahu dan peka terhadap masalah dalam hubungan? Pelik tapi benar.
Orang single pun ada perasaan. Jangan layan atau tanya mereka seperti mereka tidak perlukan seseorang dalam hidup mereka. Biarkan masa yang tentukan semuanya okay?