Selain daripada lip filler, kamu pernah terfikir tak untuk dapatkan bibir mungil dengan menggunakan kayu manis?
Kalau kamu nak tahu, sebenarnya trik bibir mungil menggunakan kayu manis ini telah viral dan popular di TikTok.
Lihat perkongsian oleh seorang wanita ini, memang mungil bibirnya selepas mengenakan minyak kulit manis dalam rutin hariannya.
Trik bibir mungil ini makin popular dan trending
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mireya Rios, dia mengatakan trik ini memang berkesan bagi mereka yang mahukan bibir mungil dalam masa yang singkat.
“Letakkan sedikit di jari dan sapu di seluruh bibir. Kemudian pakai lip gloss di atasnya dan siap!”
@mireyarios Cinnamon oil = lip plumper 👄 #beauty #beautytips #lips #beautytipsbymireya
Melihatkan trik yang dikongsinya itu berkesan, ada beberapa pengguna TikTok yang lain turut mencubanya.
@brittanyhmiller My favourite lip plumping hack yet😳🤫👄
@brittanyhmiller 💋💋💋
@oliviaw2507 Trying cinnamon oil as a lip plumper 😗 #fyp #makeup #lipplumper #cinnamon
@
Boleh pakai terus atau campur dalam lip gloss
Untuk pengetahuan kamu, trik menggunakan minyak kayu manis ini boleh digunakan secara terus ke atas bibir. Hanya titiskan beberapa minyak di hujung jari, kemudian sapu di seluruh permukaan bibir kamu.
“Sebaik sahaja kamu menyapu minyak kayu manis, bibir kamu akan terasa seperti panas dan digigit semut sedikit. Selepas itu, terus pakai lip gloss macam biasa”, ujar Mireya Rios.
Tetapi sekiranya kesannya terlalu ‘menyakitkan’, kamu boleh juga mencampurkan beberapa titis minyak kayu manis ke dalam lip gloss.
“Kamu boleh nampak perbezaannya. Bila dicampurkan ke dalam lip gloss, bibir tak rasa terbakar, menyakitkan, panas, merengsakan dan lain-lain lagi. Jadi trik ini memang menjadi!”, ujar Brittany Miller.
Sekiranya kedua-dua cara ini merengsakan bibir, kamu juga boleh mencampurkan serbuk kayu manis dengan minyak pelembap pilihan kamu dan sapu di bibir.
Ada yang alami kerengsaan, jadi selamat ke trik ini?
Dipetik daripada Teen Vogue, Dr. Engelman mengatakan trik ini memang berkesan dalam masa yang singkat sama seperti lip-plumping glosses.
“Kayu manis sebenarnya boleh buatkan bibir menjadi merengsa dan darah mengalir terus menjadikan bibir lebih lembut dan merah.”
Walaupun bibir mengalami kerengsaan tetapi ia tidak memberi kesan yang berbahaya pada kamu. Apa-apa pun, lakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Jika kamu alami kerengsaan yang membawa kepada kerosakan kulit, ia bermaksud kamu menghadapi alergi dan kamu tidak sesuai untuk ikuti trik ini.
Bagi mereka yang mahu lakukan trik ini, ketahui terlebih dahulu sama ada kamu sesuai atau tidak lakukan trik ini.
Sesiapa yang sudah mencuba trik bibir mungil menggunakan minyak kayu manis, cuba kongsikan dengan Wanista hasilnya.