Terpalit dengan kontroversi baru-baru ini, nama Seo Ye Ji menjadi bualan orang ramai terutamanya netizen Korea ketika ini.
Masing-masing mula ‘menggali’ untuk mencari kisah lampaunya seperti latar belakang akademik dan keluarganya.
Ketika ramai berpusu-pusu mahu dedahkan siapa sebenarnya Seo Ye Ji ketika zaman lampaunya, ada seorang netizen Korea mula memuat naik gambar-gambarnya yang terdahulu pada zaman persekolahan.
Lain sangat, seriuslah ini Seo Ye Ji?
Didakwa menjalani pembedahan plastik, kebanyakan netizen Korea meluahkan rasa ditipu dengan wajah yang dipamerkan di kaca televisyen selama ini.
Sebelum ini, ramai netizen Korea memuji dan mempercayai bahawa aktres ini memiliki kecantikan semula jadi. Tetapi selepas melihat gambar zaman persekolahannya, ramai yang ragu-ragu.
“Lihat sahaja nama disitu, dia memang Seo Ye Ji. Jarang nak ada seseorang yang mempunyai nama yang sama dengannya dan memakai pakaian yang sama.”
Menerusi posting yang dimuat naik itu, ramai yang mengatakan aktres tersebut akan menidakkannya dan meminta untuk berhenti menunjukkan gambar ‘orang biasa’ itu kepadanya.
Malah, ada beberapa rakan sekelasnya dahulu mengatakan Seo Ye Ji sebenarnya telah menjalani pembedahan plastik ketika sekolah menengah.
Mula lakukan pembedahan plastik ketika sekolah menengah
Di posting yang sama, ada beberapa netizen mengaku sebagai rakan sekolah menengah Seo Ye Ji dan mengesahkan isu pembedahan plastik aktres itu.
“Saya memang rakan sekolah Seo Ye Ji dan saya bersumpah dengan username saya. Dia pernah membuat kelopak mata pada tahun senior dan kemudian membesarkan matanya dengan mendapatkan epicanthoplasty.”
Selain itu, netizen tersebut juga mengatakan aktres itu memberitahu rakan kelas yang lain mengenai apa yang dilakukannya. Selain membuat kelopak dan membesarkan mata, aktres tersebut juga telah membuat pembedahan hidungnya.
Cuba kamu lihat beberapa gambar ini, memang beza dan tak menyangka gadis ini adalah Seo Ye Ji.
Isu lama timbul semula, Seo Ye Ji seorang kaki buli?
Selain daripada isu pembedahan plastik, seorang netizen mengatakan Seo Ye Ji merupakan seorang pembuli dan terlibat dalam aktiviti keganasan ketika sekolah.
Tidak mahu mendedahkan dirinya, netizen tersebut mengatakan aktres itu membuli dirinya dan orang lain. Malah aktres itu juga mengambil wang daripada mangsa bulinya.
“Dia membuli ramai orang termasuk saya. Semasa sekolah dia akan ambil wang kami, pinjam wang dan tidak akan pernah mengembalikannya.
Ketika dia membuat debut, rakan-rakan sekolah lain mengatakan pembuli itu telah menjadi pelakon dan mengubah wajahnya.”
Walaupun aktres tersebut melakukan pembedahan plastik dan nampak seperti orang baharu yang segar dan lemah lembut, tetapi netizen mengatakan dia tidak mempunyai hati nurani dan rasa kesal melihatnya di kaca televisyen.
Malah ada juga netizen lain mengatakan Seo Ye Ji pernah memukul dirinya ketika keluar bersama kerana dia tidak menyukai orang lain atau perkara.
“Dia meminta untuk melepak bersama dan memerlukan seorang ‘hamba’. Saya sangat takut dengannya dan pergi bersama. Ketika itu dia memukul tanpa berhenti dan saya mula berhenti daripada bergaul dengannya.
Suatu malam, dia bercakap baik dengan saya dan berjanji tidak akan membuli sekiranya saya keluar ke hadapan rumah ketika itu. Apabila saya keluar, beberapa orang suruhannya mula menampar dan memukul.”
Mangsa buli tersebut juga mengatakan dia hanya memikirkan ianya dua orang yang berbeza dan mempunyai nama yang sama. Tetapi bila mendengar suara, dia tahu itu ialah aktres tersebut.
Sikap buli Seo Ye Ji tak pernah ‘berhenti’
Selain menjadi pembuli ketika zaman persekolahan, Seo Ye Ji dikatakan tidak pernah mahu berubah dan tetap menjadi pembuli dalam kalangan pekerjanya.
Menurut bekas pekerjanya, dia mendedahkan apa yang dia dan pekerja yang lain rasakan setiap kali mereka perlu bekerjasama dengan aktres itu.
“Di syarikat, kami akan menolak sekeras-kerasnya dan meminta untuk tidak bekerja dengan dia. Saya akan menangis dan beritahu syarikat, tetapi mereka selalu menyuruh saya untuk melakukannya sekiranya mahu memajukan kerjaya. Akhirnya saya terpaksa bekerja dengannya selama beberapa tahun.”
Selain itu, ada juga pekerja memberitahu mereka masih lagi trauma dan berasa takut apabila berhadapan dengan Seo Ye Ji walaupun tidak bekerja bersama lagi.
“Semasa bekerja, dia sering memaki pekerjanya. Dia sering menyuruh kami untuk membeli rokok dan merokok dalam kereta. Saya tidak tahu sama ada dia tahu seconhand smoke lebih berisiko tinggi.
Jika kami lakukan kesalahan kecil, dia akan menjerit, maki dan menghembuskan asap rokok di wajah.”
Malah, aktres ini juga akan memeriksa telefon setiap pekerja pada setiap masa untuk mengelakkan mereka daripada merakam segala bukti ketika bekerja.
Pada masa yang sama, aktres itu juga akan memastikan pekerjanya merasai apa yang dirasainya ketika itu.
“Setiap kali dia dalam keadaan badmood, dia tidak akan makan. Jadi dia akan memastikan kami juga tidak makan. Dia juga memberitahu pelakon merupakan orang yang bekerja dengan emosi. Jadi apa yang dia mahukan, orang sekeliling perlu berikan dengan segera.”
Bekas pekerjanya juga memberitahu sekiranya ada khabar angin yang buruk mengenai dirinya, Seo Ye Ji akan mengugut mereka.
Sangat menakutkan apabila mengetahui perkara ini. Memang sangat berbeza dengan personaliti dan wajahnya yang lemah lembut.
Kalau betul Seo Ye Ji seperti apa yang diceritakan oleh orang ramai, aktres tersebut perlu dihukum dengan seadilnya.