Baru-baru ini pada 9 April, artis lagenda wanita Bollywood terkenal, Jaya Bachchan telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 73 tahun.
Setelah sekian lama berada di dalam industri seni, isteri kepada pelakon lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan kini lebih aktif sebagai ahli politik.
Kecantikannya sejak muda lagi hingga kini memang tidak dapat dinafikan walaupun usianya telah mencecah 70-an. Tidak hairanlah Amitabh Bachchan begitu setia pada isteri tercintanya ini.
Kami di Wanista ingin berkongsi 6 gambar transformasi Jaya Bachchan dari muda hingga kini.
Ketika Masih Muda
Gambar Jaya Bachchan ketika masih muda, namanya mula dikenali selepas menjadi salah seorang bintang dalam filem ‘Guddi’ arahan Hrishikesh Mukherjee pada tahun 1971.
- Foto – Instagram @bollywooddirect
Gambar ini jelas menunjukkan Jaya Bachchan kelihatan begitu memukau dengan sari india kasual berwarna hijau. Dia juga mengenakan solekan yang sederhana pada mata dan sangat sesuai dengan wajahnya yang sememangnya cantik.
Bergandingan Bersama Amitabh Bachchan
Jaya Bachchan dan Amitabh Bachchan pernah digandingkan bersama dalam sebuah filem yang berjudul ‘Zanjeer’ pada tahun 1973.
- Foto – Instagram @bollywooddirect
Penampilan Jaya Bachchan ketika itu kelihatan begitu memikat dengan rambutnya yang panjang dan dipadankan dengan pakaian kasual berwarna merah. Dia juga menggunakan winged eyeliner dan calitan lipstik yang nipis.
Penikahan Jaya Bachchan – Amitabh Bachchan
- Foto – Instagram @bollywooddirect
Foto perkahwinan Jaya Bachchan dan Amitabh Bachchan dengan sepersalinan merah putih dilengkapi dengan aksesori india beserta selendang di kepala. Solekan yang sempurna juga membuatkan wajah Jaya Bachchan ketika itu kelihatan sangat anggun.
Bersama Anak-Anak Tercinta
- Foto – Instagram @bollywooddirect
Gambar ini Jaya Bachchan bersama anak-anaknya, Abishek Bachchan dan Shweta Bachchan. Ibu kepada dua orang anak ini kelihatan begitu gembira dan bahagia bersama keluarga. Penampilannya ketika ini masih kelihatan sangat muda dan cantik.
Kabhi Kushi Kabhi Gham Filem Terkesan
- Foto – Instagram @bollywooddirect
Jaya Bachchan masih aktif dalam dunia lakonan sehingga kini. Lakonannya dalam filem ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’ yang digandingkan bersama suaminya, Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor dan juga Hritik Roshan dan lakonannya yang mantap sangat memberi kesan di hati penonton.
Ahli Politik
- Foto – Instagram @bollywooddirect
Kini, Jaya Bachchan mula beralih ke bidang politik. Dia juga memilih untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan sosial politik di India.
Itulah antara 6 potret transformasi Jaya Bachchan yang dapat kami kongsikan bersama pembaca. Dari dirinya muda remaja, menjadi seorang artis sehinggalah kepada seorang ahli politik.