Supermarket Tesco memang sentiasa penuh dengan orang awam bagi mendapatkan keperluan rumah masing-masing.
Bila nak bayar, memang tak sah kalau tak panjang barisannya. Nak tahu tak, dengan menggunakan aplikasi Tesco Scan & Shop, kamu tak perlu lagi bersusah payah nak beratur. Tunjuk saja aplikasi, pembayaran kamu selesai.
Macam Mana Cara Nak Guna Tesco Scan & Shop
- Foto – syafiqsyahan/TW
1. Mula-mula kenalah install Tesco terlebih dahulu. Scan Clubcard anda jira anda ahli. Anda juga boleh berbelanja tanpa Clubcard.
2. Lancarkan aplikasi Tesco Scan & Shop dan scan kod QR di kedai untuk memulakan membeli-belah. Scan kod bar pada item dan masukkan ke dalam troli anda.
3. Lakukan pembayaran di juruwang dengan menunjukkan kod bar setelah memilih ‘Finish Shopping’ dari aplikasi. Scan kod bar di telefon anda di skrin pembaran sendiri untuk pembayaran.
Netizen Kongsi Pengalaman Guna Tesco Scan & Shop
Pergi Tesco sambil buka aplikasi Tesco, ambil barang dan scan, terus letak dalam troli. Sampai dekat cashier, terus tunjuk barcode senarai barang yang kita dah scan dan bayar. Tak perlu lagi punggah barang dekat conveyor belt.
Kita dah boleh budget. Sambil scan kita boleh terus tahu berapa jumlah keseluruhan barang yang kita kena bayar.
Rata-rata netizen lain yang turut berkongsi pengalaman menggunakan Tesco Scan & Shop berpuas hati dengan kemudahan ini. Yang penting tak perlu beratur lama-lama kerana adanya kaunter khas.
- Foto – syafiqsyahan/TW
- Foto – syafiqsyahan/TW
- Foto – syafiqsyahan/TW
Macam menarikkan. Ternyata Tesco Scan & Shop menjimatkan masa kita berada di supermarket. Kerja jadi lebih mudah dan produktif!