Sebelum kedatangan drama Korea, rakyat Malaysia gilakan drama kelahiran negara Filipina. Mula Sa Puso, Pangako Sa Yo, Sanay Wala Nang Wakas, Marimar – antara yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Kali ini, Wanista nak bercerita sedikit tentang pelakon wanita hebat yang turut sama popularnya, Kristine Hermosa. Orangnya genit miliki kulit putih melepak dengan senyuman manis yang cukup ayu sekali.
Seingat dulu orang kita memanggilnya Ara (Sanay Wala Nang Wakas) dan Yna (Pangako Sa Yo). Bila ada babak dia menangis, kita turut sama merasai kesedihan yang dialami.
Agaknya bagaimana Kristine Hermosa sekarang, masih aktif berlakon atau selesa bergelar ibu jauh dari dunia hiburan.
Sedang Hamil Anak Kelima
Yahoo Style melaporkan, pelakon 37 tahun sedang hamil anak kelima bersama suaminya yang juga pelakon Oyo Boy Sotto.
Berita itu dikongsi di media sosial dengan foto ultrasound bayi mereka dengan kapsyen “Ini anak lelaki! Lagi! Hahahaha! Terima kasih Tuhan! Kami benar-benar mendoakan seorang perempuan … tapi ini apa yang Tuhan berikan.”
Kristine dan suaminya telah berkahwin selama sembilan tahun dan sudah miliki empat orang cahaya mata – Kristian Daniel (anak angkat Kristine), Ondrea Bliss, Marvic Valentin dan Kaleb Hanns.
Kekal Natural Beauty Hingga Kini
Aktif berkongsi kehidupan di Instagram, Kristine masa mula-mula debut hingga sekarang tak banyak beza. Kekal cantik dengan wajah yang glowing dan flawless. Kulit putih pink yang melepak memang buat kita cemburu.
- Foto – Instagram
Rahsianya bersenam dan pemakanan sihat. Kata Kristine untuk kekal fit luar dan dalam, dia aktif bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat. Bila bersenam dan makan makanan sihat, memang terpancar kecantikan yang semula jadi.
Makan makanan yang sihat
Memakan makanan yang sihat memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan diri. Kristine beralih dari makanan ringan ke makanan sihat.
- Bersama suami dan anak-anak tersayang. Foto – Instagram
“Saya merasakan perbezaannya. Saya biasa makan makanan ringan, dan kemudian cuba makan dengan sihat, dan saya merasakan saya mempunyai lebih banyak tenaga. Namun, hujung minggu adalah hari cheat day saya.”
Pastikan diri aktif
Bersenam menggunakan mesin bukan satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri aktif. Kristine turut mencuba aktiviti lain seperti yoga, pilates dan menari. Mencuba pelbagai perkara dapat membuat diri berminat untuk bersenam.
Kristine Hermosa Masa Muda, Zaman Kegemilangan Drama
- Foto – Twitter
- Foto – Pep Ph
- Foto – PH
Kristine Hermosa Sekarang Bahagia Dengan Suami Dan Anak-Anak
- Foto – Instagram
- Foto – Instagram
- Foto – Instagram
Ingin mengetahui rahsia kulit kelihatan lebih muda, ikut saja cara Kristine Hermosa. Tak sangka anak ramai tapi muda remaja.
Selamat Beramal!