Bunyi agak menyeramkan, tapi ianya memang benar-benar berlaku. Organisma parasit mungkin sedang menjangkiti tubuh badan anda tanpa anda sedari.
Parasit adalah organisma hidup dan memakan organisma lain di dalam tubuh badan. Beberapa contoh parasit termasuk tapeworms, roundworms, pinworms, whipworms, dan hookworms. Parasit terdapat dalam pelbagai bentuk, sehingga boleh menyebabkan pelbagai gejala parasit.
Baca : Awas Parasit Ini Mungkin Sedang Menjangkiti Badan Kamu
- Foto – The Healthy
Bagaimana boleh dijangkiti parasit? Makanan yang tidak dimasak seperti daging, ayam, makanan laut, ikan mentah, buah-buahan dan sayur-sayuran yang tercemar adalah penyebab biasa.
Berenang di tasik, kolam, atau sungai juga dapat menyebabkan jangkitan parasit. Anda boleh juga dijangkiti parasit ketika bersama dengan haiwan. Beberapa parasit bahkan boleh memasuki badan melalui bahagian bawah kaki anda.
Sebaik saja seseorang dijangkiti parasit usus, mudah untuk menyebarkannya. Berikut adalah tanda-tanda perlu anda tahu.
Perubahan Selera
Bila anda menjalani keadaan seperti tak rasa puas atau kenyang selepas makan. Rasa mual, kembung perut dan tahap kelaparan berkurang juga merupakan tanda-tanda parasit menyerang badan.
Anemia
- Foto – www.doctorzara.com
Anemia kekurangan zat besi adalah gejala parasit yang biasa disebabkan oleh kehilangan darah melalui najis dan pengambilan tisu darah.
Ketap Gigi
Perbuatan mengetap gigi semasa tidur boleh menjadi masalah kerana jangkitan parasit usus menyebabkan kegelisahan dan gangguan tidur.
Masalah Pencernaan
Sembelit, cirit-birit, kembung perut boleh menjadi gejala parasit yang sedang menimbulkan kekacauan pada usus anda.
Keletihan
Keletihan, kemurungan, atau perasaan apathy yang sering terjadi bukan hanya tanda-tanda parasit, tetapi juga disebabkan oleh kekurangan zat makan dan anemia.
Sakit Sendi dan Otot
- Foto – Dynamic
Kesakitan pada otot atau sendi boleh menjadi gejala parasit usus. Ini kerana parasit menyerang sendi, dan juga mengeluarkan toksin yang menyebabkan keradangan, memberi kesan negatif terhadap fungsi dan pergerakan badan.
Masalah Kulit
Kerengsaan kulit atau ruam, gatal-gatal, rosacea atau ekzema boleh menjadi gejala parasit kerana parasit boleh merebak hingga ke lapisan kulit teratas.
Masalah Tidur
Masalah tidur atau bangun berkali-kali pada waktu malam adalah gejala parasit kerana parasit tertentu menyebabkan ketidakselesaan fizikal.
Selain itu, toksin yang dilepaskan oleh parasit juga boleh menyebabkan anxiety kerana hubungan neurotransmitter atau sel darah anda, yang menyebabkan perubahan mood. Gejala toksin lain yang dilepaskan oleh parasit termasuk masalah tidur, kerengsaan kulit, dan sakit otot.
- Foto – Medical News Today
Parasit usus sukar untuk disingkirkan, terutamanya jika anda mempunyai sistem imun yang lemah. Ramai pesakit yang menderita parasit dinasihatkan untuk melakukan pembersihan parasit. Diet termasuk elak makanan berminyak dan proses, gula, alkohol, kafein dan tenusu.
Amalkan pemakanan sihat. Selamat beramal!