Bukan main susah kalau mahu turunkan berat badan dalam sebulan. Nak cecah 5kg sebulan pun macam mustahil sangat!
Sebenarnya kamu boleh turunkan berat badan dengan mendadak. Tetapi… adakah kamu bersedia untuk lakukan diet yang ekstrem seperti selebriti dan jurulatih kecergasan syorkan?
Kalau kamu bersedia, apa kata kamu cuba diet planning yang dibuat oleh Priyanka Chopra? Bukan setakat 5kg sahaja, malah boleh hilang sehingga 10kg dalam masa sebulan.
Suka Makan Tetapi Ada Rahsianya…
Tak dinafikan Priyanka Chopra juga sama seperti wanita lain. Kalau boleh setiap masa mahu makan, makan dan makan sahaja.
Walaupun dia mengaku dirinya tidak boleh menahan nafsu makannya, tetapi Priyanka akan memastikan dirinya sentiasa kekal terhidrasi dan bersenam dengan lebih kerap bagi membakar kalori.
Selain itu, dia juga akan pastikan dirinya berdisplin dalam menjalani diet planning yang diamalkan selama ini sekiranya mahu menurunkan berat badan dengan cepat.
Jangan Elak Sarapan Pagi
Sama seperti orang lain, sarapan pagi sangat penting untuk menyalurkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.
Bagi Priyanka pula, dia akan memulakan paginya dengan secawan kopi panas dan 2 biji telur rebus atau separuh masak.
Jika dia tidak rasa mahu makan telur, Priyanka akan tukar dengan makan sekeping roti bakar yang disapu atau diletakkan hirisan alpukat di atasnya.
Masa Untuk ‘Isi’ Tenaga Dengan Makan Tengah Hari
Waktu tengah hari sudah semestinya perlu diisi dengan sedikit makanan bagi menambah balik ‘tenaga’ kepada badan.
Menu Priyanka pada waktu tengah hari adalah 2 keping roti yang dimakan bersama salad. Atau kadang kala dia menjamah menu ikan bakar yang dimakan bersama sayur-sayuran hijau yang segar sahaja.
Kudap-Kudap Ketika Makan Petang
Kebanyakan orang yang makan petang akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Boleh jadi nightmare untuk para wanita!
Tetapi tidak pula pada Priyanka. Dia tidak akan makan sebarang makanan yang boleh menaikkan berat badannya. Jadi pada waktu makan petang, Priyanka hanya makan segenggam kacang dan segelas air kelapa segar.
Dalam masa waktu makan petang, kebiasaannya Priyanka akan ulangi makan kudap-kudapnya selama 2 jam sekali.
Wajib Jamah Makan Malam
Walaupun ada orang yang akan skip makan malam, tetapi Priyanka mewajibkan dirinya untuk menjamah makan malam.
Ketika waktu makan malam, Priyanka akan makan semangkuk sup ayam sahaja. Kadang kala dia akan berselang-seli menukar menu dengan sepinggan sayur tumis dan ikan panggang.
Penting Untuk Bersenam Secara Berkala!
Bagi mendapatkan penurunan berat badan yang cepat selain menjalani diet planning yang ketat, sudah semestinya senaman juga diperlukan.
Setiap orang mempunyai waktu yang tertentu dan sesuai untuk melakukan senaman. Seperti Priyanka, dia hanya akan melakukan senaman pada waktu pagi sahaja.
Antara senaman yang dilakukannya adalah latihan kardio dan latihan beban. Boleh dikatakan setiap hari dan setiap pagi dia akan melakukannya.
Sesuai untuk individu yang tengah merancang menurunkan berat badan, kamu boleh ikuti diet planning daripada Priyanka Chopra bagi mendapatkan berat badan yang diingini.
Ingat, kerajinan dan displin sangat penting ♥