“Dah hitam dan berkulat, kenapa masih guna lagi?”
Selagi boleh guna dan tak mendatangkan mudarat kesihatan, selagi itu kita akan guna sampai akhir hayat.
Terdapat barang-barang rumah, dan perkakas dapur yang bertahan selama bertahun-tahun, bahkan beberapa dekad. Ia mungkin kelihatan tahan lama, namun jangka hayat kebanyakan terhad, dan berisiko pada kesihatan kita.
Jangan tak tahu, barang-barang kita selalu guna boleh menjadi sangat berbahaya.
Bekas Plastik
Penyelidikan menunjukkan bahawa bekas makanan dengan tanda “tidak mengandungi bisphenol A dan phthalates” melepaskan bahan kimia seperti estrogen yang boleh menyebabkan masalah kesihatan serius seperti diabetes, obesiti, dan barah.
- Foto – Arkib Wanista
Pemanasan makanan dalam mikrowave boleh menyebabkan pelepasan bahan toksik. Amat berbahaya apabila bekas itu mempunyai calar. Sebaiknya ganti bekas plastik sekurang-kurangnya sekali setahun.
Papan Pemotong
Papan pemotong dari sebarang bahan (plastik, kayu) mempunyai banyak keretakan di mana mikroba dan bakteria berkumpul.
- Foto – The Kitchn
Agar tidak bahayakan kesihatan, pakar mengesyorkan menukarnya sekurang-kurangnya sekali setahun.
Pengupas
- Foto – Arkib Wanista
Mekanisme pengupas cenderung pudar, karat, dan kusam dengan cepat. Agar tidak menyulitkan proses memasak dan tidak membahayakan kesihatan anda, lebih baik tukar peralatan dapaur ini setiap tahun.
Tempat Letak Pisau Jenis Kayu
Peralatan dapur ini diletakkan dekat sinki, bersama-sama dengan pisau basah yang dimasukkan ke dalamnya.
- Foto – Brightside
Akibatnya, material menjadi gelap dan berkulat yang mungkin muncul di celah-celah. Bila dah nampak berkulat, tukar yang baru, Pastikan juga untuk mengelap pisau sehingga kering setiap kali mencuci.
Kain Pemegang Periuk
Apabila kerap digunakan, kain pemegang periuk cepat usang kerana geseran berterusan dengan objek dapur. Lama kelamaan kain semakin nipis, kurang tahan lama, dan kurang tahan panas.
- Foto – Brightside
Untuk melindungi diri, anda disyorkan untuk tidak lagi menggunakannya dan tukar kain yang baru secara berkala. Chef mengesyorkan mengganti pemegang kain kapas dengan sarung tangan silikon tahan api.
Beg Habuk Untuk Pembersih Vakum
Untuk menjadikan proses pembersihan benar-benar berkesan dan menjadikan pembersih vakum berfungsi lebih lama, beg habuk harus dibersihkan secara berkala.
- Foto – Vacuum Store
Selepas setiap penggunaan, ia tersumbat dengan bakteria, dan debu. Pakar mengesyorkan menukar beg debu setiap 12 bulan.
Mula beringat dan jangan ambil mudah. Kita guna seperti biasa, tapi siapa tahu secara perlahan ia boleh membunuh.