Penampilan baharu Datuk Seri Rina Harun membuatkan ramai netizen terpegun dan kagum melihatnya, mana tidaknya transformasi tubuh badan yang langsing begitu mendadak membuatkan wanita ini miliki wajah baharu.
Transformasi badan langsing Ahli Parlimen Titiwangsa ini membuatkan netizen tertanya-tanya apakah rahsia wanita hebat ini, hingga berjaya menurunkan berat badan dan memiliki bentuk badan yang ideal seperti ini.
Berbasikal Dan Amal Diet sihat
- Foto – Instagram Rina Harun
Dipetik dari Hype, wanita ini menyatakan tubuh langsing yang dimiliki adalah kerana rajin mengamalkan senaman berbasikal dan juga mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Katanya lagi, apa yang penting adalah niat untuk menjaga kesihatan diri.
Bariatric Kunci Rahsia Sebenar?
- Foto – Instagram Rina Harun/Facebook
Tetapi seorang pengguna Facebook kemudiannya membongkar kunci rahsia sebenar transformasi Ahli Parlimen Titiwangsa ini, dengan mendakwa bahawa pembedahan bariatric adalah kunci wanita hebat ini miliki bentuk badan yang ideal.
- Foto – Facebook
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook tersebut, terdapat sebuah foto Datuk Seri Rina bersama pakar bedah bariatric dan menerusi foto tersebut netizen mendakwa mungkin Ahli Parlimen Titiwangsa ini dalam sesi konsultasi.
Menelan Belanja RM35K?
- Foto – FSTM KUIS
Bukan itu saja, dikhabarkan dari pengguna Facebook ini menyatakan bahawa rawatan bariatric ini menelan belanja sebanyak RM35K.
Pastinya satu harga yang besar bagi netizen tetapi bagi ahli politik ianya merupakan harga yang masih mampu untuk diperuntukkan jika wanita ini benar-benar menjalani rawatan bariatric ini.
Mampu Dan Demi Kesihatan Diri Apa Salahnya kan?
- Foto – Instagram Rina Harun
Apa-apapun rawatan bariatric ini hanyalah spekulasi netizen semata-mata dan jika benar sekalipun, wanita hebat ini mampu dan seperti yang dikatanya apa yang penting adalah niat untuk menjaga kesihatan jadi apa salahnya kan?