Perasan tak rata-rata collarbone supermodel kelihatan sangat seksi dan begitu menonjol sekali, tahu tak sebenarnya jika kamu inginkan dapatkan collarbone persis supermodel ianya tidak mustahil!
Nak tahu bagaimanakah cara ingin dapatkan collarbone yang seksi dan mengancam seperti supermodel, kenalah lakukan senaman renggangan ini.
Senaman Pertama: Shoulder Shrug Selama 45 Saat
Lakukan senaman shoulder shrug (lihat video dan gambar untuk pergerakan) ini selama 45 saat, selepas lakukan senaman ini kamu perlu berehat selama 15 saat sebelum melakukan senaman kedua pula.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Kedua: Chest Fly Selama 45 Saat
Selepas berehat selama 15 saat, lakukan senaman kedua iaitu chest fly (lihat video dan gambar untuk pergerakan), selesai lakukan senaman ini kamu perlu berehat seketika selama 15 saat sebelum lakukan senaman seterusnya.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Ketiga: Triangle Fly Selama 45 Saat
Selepas berehat selama 15 saat, mulakan senaman seterusnya iaitu triangle fly selama 45 saat. Senaman ini sama seperti chest fly cuma yang berbeza adalah tangan diletakkan di belakang kepala.
Selesai lakukan senaman ini, rehat selama 15 saat sebelum lakukan senaman keempat.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Keempat: Head Tilt Selama 45 Saat
Selepas berehat selama 15 saat, kamu boleh lakukan senaman head tilt ini dengan mula menolak kepala ke sebelah kanan selama 22 saat.
Kemudian tukar pergerakan head tilt ke sebelah kiri selama 22 saat, selesai senaman head tilt berehat selama 15 saat sebelum mula lakukan senaman seterusnya.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Kelima: Arms Circle Selama 45 Saat
Selepas berehat selama 15 saat, barulah kamu lakukan senaman arms circle ini selama 22 saat mengikut pusingan arah jam.
Dan kemudian selepas 22 saat lakukan pusingan arah lawan jam selama 22 saat, setelah selesai kamu boleh berehat selama 15 saat sebelum lakukan pergerakan seterusnya.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Keenam: Bicep Stretch Selama 45 Saat
Selepas berehat selama 15 saat, sambung senaman dengan lakukan bicep stretch pada lengan sebelah kanan selama 22 saat.
Kemudian lakukan bicep stretch pada lengan sebelah kiri selama 22 saat, selesai senaman kamu rehat selama 15 saat sebelum mula aktiviti seterusnya.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Ketujuh: Back Stretch Selama 45 Saat
Sama seperti sebelum ini selepas rehat selama 15 saat, kamu perlu lakukan pergerakan back stretch ini selama 45 saat ia akan membuatkan otot bahu dan badan belakang menjadi ketat.
Selepas lakukan senaman ini, berehat selama 15 saat sebelum memulakan pergerakan senaman seterusnya.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Kelapan: Prayer Reach Selama 45 Saat
Selepas rehat selama 15 saat, mula lakukan senaman seterusnya iaitu prayer reach (lihat pergerakan dalam video dan gambar).
Senaman ini akan menegangkan otot bahu, leher dan membentuk collarbone kamu, selesai lakukan senaman ini berehat selama 15 saat sebelum melakukan senaman seterusnya.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Kesembilan: Back Squeeze
Selepas berehat selama 15 saat, senaman seterusnya adalah back squeeze di mana senaman ini akan membuatkan badan dan tulang belakang menjadi renggang dan ringan.
Senaman ini dilakukan selama 45 saat dan setelah selesai kamu boleh berehat selama 15 saat sebelum melakukan senaman terakhir.
- Foto – YouTube Emi Wong
Senaman Kesepuluh: Side Drop Selama 45 Saat
Selepas berehat selama 15 saat, mulakan senaman terakhir iaitu side drop di mana pergerakan senaman kedua-dua lengan dan bahu ini akan membentukkan tulang leher yang cantik.
- Foto – YouTube Emi Wong
Dengan melakukan senaman renggangan bahu dan leher ini selama 10 minit setiap hari, kamu boleh dapatkan collarbone seperti supermodel.
Tak percaya kenalah cuba sendiri!