“Sumpah terkejut lepas tengok gambar yang lepas!”
Mengaku dirinya sebagai seorang transgender, Sia iaitu streamer dan YouTuber terkenal di Korea Selatan telah mengejutkan ramai orang baru-baru ini.
Melalui perkongsian video di akaun YouTube miliknya, Sia telah menceritakan dan mendedahkan beberapa gambar ketika berusia 19 tahun sehingga 24 tahun iaitu sebelum dirinya menjadi seorang transgender.
Tak tipu, sangat kacak! Berbeza dengan sekarang, pasti yang tidak mengenali dirinya akan mengatakan Sia sebagai perempuan tulen.
Bukan apa, penampilannya yang sangat feminin itu tidak akan membuatkan kamu curiga dan sangka bahawa dia pernah memiliki wajah tampan dan fizikal yang masukulin.
“Ketika zaman persekolahan, kebanyakan pelajar perempuan akan meminta nombor telefon saya. Tetapi disebabkan saya tiada rasa dan tertarik kepada perempuan, saya tidak memberikannya dan terus reject”
Selain daripada mendedahkan wajahnya yang kacak itu, Sia juga pernah bekerja di sebuah agensi hartanah sebelum dia berhenti menjadi live streamer di YouTube dan AfreecaTV.
https://www.youtube.com/watch?v=2eTZjoQ0xLo&t=108s