Bangun pagi nikmati smoothie dan milkshake strawberi memang satu nikmat. Lagi pula bila strawberi tersebut manis dan penuh kesegaran, heaven!
Tapi masalahnya bila kita beli di supermarket, kita jadi rambang mata nak memilih strawberi mana yang manis. Tengok luar cantik rupanya, tapi belum tentu manis.
Bagus amalan makan strawberi kerana ia kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
- Foto – Pinterest
Bagi memudahkan isi rumah, Wanista kongsikan beberapa tips cara nak memilih strawberi yang manis.
1. Pilih strawberi yang miliki warna merah yang terang, jangan pilih yang kusam.
2. Pilih strawberi yang buahnya masih hijau, ini menandakan bahawa strawberi tersebut masih segar.
3. Strawberi yang manis biasanya berwarna merah tua.
4. Tekan perlahan-lahan isi strawberi, buah strawberi yang segar tidak akan terasa lembek.
- Foto – Cook
5. Jangan memilih strawberi yang layu atau ada cacat pada isinya, itu tandanya strawberi tak lagi segar.
6. Jangan terlalu bergantung pada ukuran besar semata, kadangkala yang kecil dan sederhana mempunyai rasa yang lebih manis daripada yang besar.
7. Sekiranya anda menginginkan yang mempunyai lebih banyak air, maka pilihlah yang besar. Tetapi rasanya tidak semanis buah yang kecil dan sederhana.
8. Pilih kandungan air yang tinggi. Membeli secara langsung di ladang memberi jaminan rasa dan kesegeran buah.
- Foto – France
9. Selepas membeli strawberi jangan terus mencucinya. Simpan segera kerana proses mencuci strawberi akan mempercepat proses pembusukan. Bila mahu diguna atau makan, barulah cuci strawberi agar kesegaran stawberi tetap terjaga.
10. Simpan strawberi yang tidak ditutup dalam peti sejuk. Keluarkan dari peti sejuk 30 minit atau lebih sebelum anda mahu makan. Rasanya lebih manis apabila suhu bilik.
Sedapnya dapat makan strawberi di kala tengah panas. Tahukah, strawberi diakui dapat melindungi jantung, meningkatkan kolesterol HDL (baik), menurunkan tekanan darah, dan melindungi dari barah.
Penuh dengan vitamin, serat, dan antioksidan yang sangat tinggi yang dikenali sebagai polifenol, strawberi adalah makanan bebas natrium, bebas lemak, bebas kolesterol, rendah kalori.
- Foto – Nice
Selamat Beramal!