Makanan ringan sememangnya satu dugaan yang besar apabila sudah memulakan diet. Jika tanya kepada sesiapa yang menjalani rancangan diet, pasti mereka teringin untuk memakan makanan ringan.
Tetapi jangan risau. Sebenarnya kamu boleh hilangkan craving tersebut dengan membuat homemade gummy bears rendah kalori di rumah.
“Buat gummy bears di rumah?
Ya, buat sendiri sahaja. Hanya menggunakan beberapa bahan, Jordan iaitu jurulatih kecergasan telah berkongsi resepi gummy bears rendah kalori di Tiktok. Kalau kamu teringin, jom lakukannya!
Bahan-bahan:
- AEROPLANE Jelly Lite (9g)
- Serbuk gelatin (9g)
- Asid sitrik
- Air panas (150ml)
- Acuan silikon atau bekas ais
- Dropper
Cara Penyedian:
- Menggunakan satu mangkuk, tuang serbuk jeli dan serbuk gelatin sebanyak 9g.
- Masukkan air panas sebanyak 150ml ke dalam mangkuk tersebut dan kacau sehingga sebati.
- Setelah campuran sebati, menggunakan dropper ambil campuran tersebut.
- Pindahkan dengan berhati-hati ke dalam acuan silikon dengan teliti.
- Apabila selesai, letak acuan silikon tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 20 minit.
- Selepas jeli terbentuk, keluarkan gummy bears dari acuan silikon dan letakkan di atas pinggan.
- Taburkan sedikit asid sitrik ke atasnya untuk berikan rasa yang masam dan siap untuk dimakan.
@jordicollins0 Disclaimer: normal lollies are perfectly fine in moderation! These are a great alternative for high volume and low cals. #caloriedeficit #weightloss
Untuk menghasilkan gummy bears ini di rumah, kamu tidak memerlukan banyak bahan. Dengan bajet yang rendah, kamu boleh hasilkan gummy bears dalam kuantiti yang banyak. Tetapi perlu ingat, amalkan kesederhanaan walaupun ianya rendah kalori.
Selamat mencuba!