Sementara banyak peruncit yang mengalami kejatuhan dalam dunia perniagaan akibat pandemik COVID-19, jenama Victoria Secret masih lagi kekal dan berkembang dalam aktiviti penjualannya.
Ini kerana kebanyakan peminat menyukai dan menyokong jenama ini setelah menggunakan beberapa jenis bentuk badan dalam kempen baru-baru ini.
Jika tahun-tahun sebelum ini, Victoria Secret terkenal dengan model-model yang mempunyai badan yang langsing dan seolah-olah ‘mendiskriminasi’ wanita yang bersaiz besar.
Tetapi semuanya berubah selepas mereka mula mengambil model yang mempunyai bentuk badan curvy seperti Devyn Garcia dan Candice Huffine.
“Ketika musim panas, Victoria Secret mula melihat pandemik yang berlaku ini sebagai butang mula semula.
Dan pada masa yang sama, kami telah mengkaji kesemua perkara dan mengambil keputusan untuk tampilkan model bersaiz besar dalam kempen akan datang”, ujar ketua eksekutif A Line Partners.
Berbeza dengan sebelum ini, Victoria Secret telah dikecam apabila Ed Razek iaitu ketua pemasaran jenama tersebut telah mengatakan wanita bersaiz besar dan transgender tidak boleh memasuki persembahan catwalk kerana pertunjukan tersebut adalah fantasi.
Tetapi selepas pandemik berlaku, jenama ini telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan asas para penggunanya iaitu dengan menambah pelbagai jenis saiz. Kalau kamu lihat, saiz bra telah dipelbagaikan ukurannya. Manakala pijama telah dikeluarkan dalam pelbagai saiz sehingga XXL.
Pembaharuan yang dilakukan oleh Victoria Secret ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan positif daripada peminat dan pelanggan sama ada yang lama mahupun yang baru.
Disebabkan oleh pembaharuan itu, jenama ini telah menghadapi peningkatan sebanyak 4% manakala dalam talian telah meningkat sebanyak 42%.
Kempen yang dijalankan pada akhir tahun lalu telah mendatangkan perubahan. Kini, jenama Victoria Secret mula melancarkan kempen yang menyokong pelbagai jenis kecantikan tanpa mengira saiz dan bentuk badan.
Jadi kamu tidak perlu lagi risau jika badan tidak seperti model Victoria Secret kerana pakaian mereka boleh didapati dalam ukuran saiz badan kamu!