Tiada orang pun yang tidak mahu kulitnya kelihatan muda dan glowing. Dalam menjaga kulit terutamanya pada di bahagian wajah, pasti setiap daripada kamu akan menghabiskan sejumlah wang yang besar.
Apa kata selepas ini kamu cuba untuk kurangkan berbelanja terhadap produk penjagaan muka dan rawatan di klinik-klinik estetik.
Kamu boleh cuba kaedah yang baru dah sihat iaitu yoga yang membuatkan kulit kamu cantik dan glowing secara semula jadi!
Tadasana
Dipanggil Palm Tree Pose atau Mountain Pose ini adalah posisi kamu berdiri dalam keadaan biasa untuk tumpukan perhatian pada pernafasan yang dalam.
Melalui pose ini, kamu akan dapati jumlah oksigen yang disedut dapat bantu badan keluarkan toksin dan membantu kulit menjadi lebih glowing.
Halasana
Dipanggil sebagai Plow Pose, ini adalah salah satu asana yang boleh buatkan kulit kamu menjadi glowing secara semula jadi.
Pose ini buatkan proses pencernaan badan kamu dipertingkatkan di mana ia boleh bebaskan toksin daripada badan.
Ustrasana
Ala-ala seekor unta, pose ini melibatkan lenturan bahagian belakang badan yang membuka rib cage dan tingkatkan keupayaan paru-paru dalam menyedut lebih banyak oksigen.
Selepas lakukan pose ini, kamu akan rasa keseimbangan hormon dan kurang tekanan di mana ia menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat.
Trikonasana
Berbentuk seperti segi tiga, pose ini buatkan kulit kamu glowing apabila pergerakan ini membuka paru-paru, dada dan jantung untuk bergerak dan pam secara normal.
Melalui pergerakan ini, kamu akan dapati oksigen akan lebih banyak bergerak ke kulit dan membuatkannya sentiasa segar dan anjal.
Matsyasana
Seakan-akan seekor ikan, pose ini dapat meningkatkan fungsi thyroid, pineal, pituitary glands dan menormalkan hormon dalam badan.
Bagi kamu yang ada double chin, pasti kamu suka akan pose ini kerana bukan sahaja hilangkan lebihan lemak di dagu tapi ia juga bagus untuk otot wajah.
Bharadvaja
Kunci kepada kulit yang sihat dan glowing adalah kesihatan usus kamu dalam mencerna. Jika kamu sering membuang, jangan risau ia sebenarnya baik untuk badan dan kulit.
Pose ini dapat bantu kamu buang segala toksin dan bahan-bahan yang berbahaya daripada organ dalam badan.
Sarvagasana
Pose ini seakan-akan kamu berdiri menggunakan bahu dan pergerakan ini sangat popular serta paling efektif untuk mereka yang inginkan kulit glowing.
Selain tingkatkan tekstur dan kualiti kulit, pose ini dapat lancarkan peredaran darah ke seluruh wajah. Buat 3 sehingga 5 kali sehari, pasti kamu terkejut apabila lihat kulit bebas daripada jerawat, kedutan dan kusam.
Utthanasana
Untuk pose ini, kamu hanya perlu melentur badan ke hadapan untuk buatkan darah kamu bergerak ke seluruh wajah.
Bukan sahaja tingkatkan bekalan oksigen, malah pose ini bekalkan nutrien yang bantu melawan radikal bebas dan meremajakan kulit.
Bhujangasana
Pose seperti seekor ular kobra, pergerakan ini bantu badan kamu dalam kurangkan ketegangan, tekanan dan rasa letih.
Sementara itu, pose ini juga buatkan kulit menjadi lebih remaja apabila oksigen membekalkan nutrien tambahan ke dalam sel kulit.
Pavanamuktasana
Jika kamu mempunyai angin dalam badan, pose ini adalah asana yang terbaik kerana tahap pencernaan badan akan ditingkatkan.
Dalam pada masa yang sama, pergerakan ini juga melegakan sembelit dan mengurangkan jerawat di wajah.
Mudah dan ringkas bukan pose yoga ini? Lepas ini sambil marathon K-Drama pun kamu dah boleh buat. Selamat beramal!