“Nampak lampu itu cantik, nampak lampu ini pun cantik, stress fikir mahu beli yang mana!”
Setiap penjuru di dalam rumah memerlukan teknik pencahayaan yang tepat kerana ia boleh mempengaruhi mood dan suasana rumah. Sebenarnya, lampu di setiap penjuru di dalam rumah tidak boleh dibeli dan dipasang secara sesuka hati.
Untuk pengetahuan kamu, lampu bukan hanya terdiri daripada lampu LED atau kalimantang sahaja. Tetapi kamu akan mendapati pelbagai jenis lampu seperti downlight, chandelier, spotlight dan banyak lagi.
Jadi, penulis akan kongsikan serba sedikit tentang pemilihan lampu yang sesuai untuk kamu letak di setiap penjuru.
RUANG TAMU
Highlight of the house, ruang tamu akan menjadi tempat utama untuk keluarga kamu mahupun tetamu untuk berkumpul. Di ruang tamu, pelbagai perkara yang boleh dilakukan seperti menonton televisyen dan melayan tetamu yang hadir.
Disebabkan ruang ini penting dan menjadi tempat yang utama, sudah semestinya ruang ini akan memerlukan pencahayaan yang menjadikan suasana sentiasa ceria dan selesa.
#1 Kipas Siling Berlampu
Jika kamu tidak tahu, kipas siling berlampu ini adalah gabungan kipas dan lampu yang menerangi ruang tamu supaya kelihatan lebih kelihatan mewah dan selesa.
Ramai yang tidak menggalakan kipas siling berlampu ini dijadikan sebagai sumber lampu yang utama, tetapi pencahayaannya boleh dipertimbangkan kerana ia memberikan suasana dan feeling yang santai dengan cahaya yang kurang terang.
#2 Downlight
Jika kamu pergi ke rumah sesiapa yang menggunakan downlight, pasti kamu akan berasa tenang dan tidak serabut. Downlight ini sangat popular kerana ia dipasang di permukaan siling dan kemasan plaster ceiling membuatkan ia tidak menganggu pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kamu akan melihat pantulan cahayanya mampu menerangi keseluruhan ruang jika dihalakan ke bawah atau ke sisi terus kepada objek yang berdimensi.
Contohnya, jika kamu pergi ke pameran seni, kebanyakkan mereka akan menggunakan downlight yang dipantulkan secara terus pada lukisan.
#3 Lampu Berdiri Atau Lampu Meja
Jika kamu mempunyai ruang tamu yang sangat luas, lebih banyak pencahayaan yang diperlukan untuk menerangi keseluruhan ruang tamu.
Sekiranya kamu seorang ulat buku yang sering membaca di ruang tamu, semestinya kamu memerlukan lampu berdiri atau lampu meja.
Pemilihan lampu ini adalah yang terbaik kerana ia memberikan pencahayaan yang selesa di sekitarnya dan paling penting tidak menggunakan tenaga elektrik secara berlebihan
DAPUR
Ruang ini sangat penting untuk setiap wanita kerana ia adalah tempat mereka memasak dan menghabiskan hampir separuh masa mereka di dapur.
Selain itu, dapur juga menjadi tempat untuk keluarga bersantai sambil makan bersama-sama. Jadi pemilihan lampu yang sesuai dapat membangkitkan suasana yang relax dan tenang.
#1 Track Lighting
Di dapur sudah semestinya akan memerlukan banyak pekerjaan dan pergerakkan. Ruangan di dapur akan memerlukan cahaya yang banyak, jadi menggunakan track lighting ini akan memberikan lebih banyak cahaya dan lebih fokus.
#2 Lampu Gantung
Dikenali sebagai pendant lighting, lampu ini tergantung dari siling menggunakan tali atau rantai besi.
Kebiasaannya, lampu gantung ini dipasang di atas kitchen island kerana ia berikan elemen dekorasi dan identiti tertentu kepada ruangan ini.
RUANG MAKAN
Ruang terpenting di dalam rumah, ruang makan ini di mana keluarga atau rakan-rakan berkumpul untuk berkongsi cerita sambil menikmati makanan.
Penggunaan lampu yang memberikan pencahayaan yang tertentu dapat memberikan suasana seperti yang kamu inginkan.
#1 Chandelier
Sesuai untuk menggunakan lampu chandelier, selain nampak mewah ia juga dapat memberikan kamu satu ruangan yang lain daripada yang lain.
Kamu boleh pilih sama ada lampu yang klasik atau moden untuk memasangnya. Ketika dipasang, kamu perlu tahu bahawa lampu ini perlu berada 30 inci sehingga 35 inci daripada atas permukaan meja.
#2 Downlight
Lampu downnlight ini boleh dipasang di sekeliling lampu chandelier untuk mewujudkan sempadan. Fungsi lampu ini dipasang begitu kerana ia akan memberikan pencahayaan tambahan atau digunakan apabila perlu.
BILIK TIDUR
Selepas penat bekerja atau melakukan kerja rumah, bilik tidur akan menjadi tempat yang paling selesa dan privasi untuk setiap orang dalam rumah. Di sinilah kita akan menghabiskan masa untuk diri sendiri.
Menurut pakar, penggunaan pencahayaan yang malap dan tidak terlalu terang sangat sesuai untuk diletakkan dalam bilik tidur. Jadi elakkan daripada menggunakan lampu yang terang dan berwarna putih kerana ia boleh mengganggu tidur.
#1 Lampu Dinding
Lampu ini akan memberikan makna yang tertentu dan identiti kepada bilik tidur kamu.
Lampu ini juga berfungsi dalam menerangi setiap bahagian tertentu yang diperlukan dan ianya juga dapat membekalkan pengcahayaan yang cukup dalam bilik tidur.
#2 Downlight
Paling selamat dan selalu digunakan oleh semua orang dalam bilik tidur, kamu perlu pastikan mentol lampu ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik. Jangan memilih lampu yang terang kerana ia boleh merosakkan kitaran tidur kamu.
TANDAS
Semestinya setiap orang mahu rasa tenang dan segar ketika berada dalam tandas terutamanya ketika mandi.
#1 Downlight
Tandas adalah tempat yang mudah panas kerana tahap kelembapan dan suhu bilik boleh menjadi tinggi kerana penggunaan pemanas air. Pilih mentol lampu yang tidak panas dan sedikit malap.
#2 Track Lighting
Letakkan track lighting di bahagian cermin boleh menghidupkan seluruh suasana dalam bilik air. Sesuai dilakukan oleh wanita, mereka boleh bersolek dengan pencahayaan yang cukup di cermin.
RUANG KERJA
Ada orang pada hujung minggu masih bekerja. Sementara meluangkan masa bersama keluarga di rumah, ruangan kerja peribadi sangat diperlukan untuk melakukan kerja.
Untuk ruangan ini, kamu akan memerlukan pencahayaan yang cukup bagi meningkatkan produktiviti sambil mengurangkan keletihan mata dan minda. Jadi, kamu perlu pilih lampu yang fokus kepada setiap penjuru yang tertentu bagi bantu kamu memberi tumpuan.
#1 Lampu Meja Atau Lampu Berdiri
Lampu meja atau lampu berdiri sangat sesuai untuk kamu kerana ia memberi fokus yang tertentu untuk sudut yang diperlukan pencahayaannya. Lampu ini juga mudah alih, jadi senang untuk kamu mengalihkannya ke mana sahaja yang diperlukan.
#2 Downlight
Tanpa meletihkan mata dan membuat badan menjadi lemah, downlight ini sesuai digunakan dalam ruangan ini. Kedudukan mentol yang dipasang ke dalam siling ini membolehkan cahaya dipantulkan secara sama rata.
Sekarang sudah tahu lampu yang sesuai untuk setiap ruangan rumah kamu? Jadi jangan sembarangan beli selepas ini. Selamat beramal!