Pernah suatu ketika berita tentang kucing mati secara besar-besaran di Thailand pada tahun 2012 mengejutkan seluruh dunia.
Kejadian yang sama berulang kembali apabila ia terjadi di daerah Kham Sakaesaeng. Situasi ini melibatkan lebih daripada 20 ekor kucing dan selebihnya jatuh sakit.
Kucing yang telah mati itu dikatakan menghidapi penyakit selesema kucing yang membuatkan haiwan tersebut menghidapi simptom seperti manusia.
Takut akan penyebaran berlaku di kalangan manusia, pakar haiwan telah mengesahkan ia tidak akan menular dalam kalangan manusia. Walaupun berita itu melegakan para penduduk, tetapi ia tetap merisaukan mereka.
Penyebab kepada penyakit ini terjadi disebabkan oleh beberapa virus, feline herpesvirus type-1 dan feline calicivirus. Gejala yang dihadapi oleh kucing ini adalah bersin, batuk, mata berair dan ulser lidah.
Walaupun penyakit selesema kucing ini tidak menular dalam kalangan manusia, tetapi ia boleh merebak kepada anjing.
Jadi sebenarnya apa selesema kucing ini dan apa yang kamu patut tahu?
Selesema Kucing
Jika kamu menghidapi selesema, simptomnya sama seperti selesema kucing. Seperti manusia juga, kebanyakkan kucing boleh sembuh daripadanya.
Tetapi bagi kucing yang tua, anak kucing atau kucing yang mempunyai kesihatan yang serius yang menghidapi selesema kucing ini, ia boleh mendatangkan maut.
Simptom
Untuk kes yang lebih serius, kamu boleh nampak pembentukan bisul di sekitar mata. Jika ianya biasa, kamu boleh mengetahuinya dengan melihat kepada beberapa simptom seperti:
- Hidung berair
- Mata berair
- Sukar bernafas dan berbunyi
- Hilang selera makan
- Hidung berair
- Suhu badan tinggi
- Perubahan tingkah laku
Berjangkit Atau Tidak?
Seperti manusia juga, selesema kucing boleh berjangkit sesama haiwan tersebut malah boleh disebarkan ke anjing. Tetapi kamu jangan risau, ianya tidak boleh menular dalam kalangan manusia.
Untuk mengelakkan penularan ini, kamu perlu asingkan tempat tidur, makan, sampah dan tempat membuang setiap kucing yang dijangkiti dan tidak dijangkiti. Bersihkan secara berkala pada tempat tersebut.
Cara Merawat
Antibiotik
Pada kebiasaannya, jika kamu membawa kucing berjumpa dengan pakar haiwan, mereka hanya memberikan antibiotik. Antibiotik ini berfungsi dalam membantu beberapa komplikasi yang terjadi pada kucing.
Kekal Hidrasi
Seperti manusia, kucing juga perlu untuk kekal hidrasi. Kamu boleh membantu kucing untuk minum bagi membantu melonggarkan rembesan katarrhal.
Jika kucing kamu tidak takut akan air, kamu boleh membawanya berendam dalam tab mandi yang diisi dengan air suam bagi menurunkan suhu badan dan melonggarkan katarrhal yang menyekat ruang pernafasan haiwan tersebut.
Mata Dan Hidung
Jika kamu melihat mata dan hidung kucing kamu berair atau mempunyai discharge yang kotor, kamu boleh membersihkan kawasan tersebut.
Dengan menggunakan kapas yang dicelupkan dalam air garam, kamu boleh membersihkan kawasan mata dan hidung secara berkala jika haiwan tersebut mempunyai discharge yang banyak.
Persekitaran
Untuk persekitaran kucing, pastikan kawasan mereka sentiasa bersih. Kucing sangat terkenal dengan sifatnya yang menyukai tempat yang hangat, kering dan selesa.
Jika kamu mempunyai banyak kucing, asingkan kucing yang sakit dengan tidak sakit dalam jarak yang jauh. Bagi kucing yang sakit, kamu boleh menyediakan tempat tidur, makanan dan air dalam kuantiti yang cukup.
Sama seperti manusia, selesema kucing ini adalah istilah umum untuk penyakit selesema yang memberikan kesukaran terhadap saluran pernafasan dalam kalangan kucing dan anak kucing.
Jika kamu ada melihat kucing peliharaan kamu mempunyai simptom seperti ini, segera berjumpa dengan pakar haiwan untuk merawatnya.