“Eh, sejak bila pula ada bintik-bintik hitam dekat kaki, dah lah banyak pula tu”
Siapa yang pernah atau sedang lalui masalah ini, ia sebenarnya dikenali sebagai ‘strawberry legs’ di mana liang pori membesar dan memerangkap minyak, bakteria dan sel kulit mati di dalamnya.
Tapi bagaimana masalah ‘strawberry legs’ ini boleh berlaku, dan apa cara rawatan yang sesuai? Ikuti kupasannya di bawah.
- Foto – Arkib Wanista
Geli Tengok Kaki Tiba-Tiba Kena ‘Strawberry Legs’, Ini Penyebabnya
Bukan semua orang akan menghadapi masalah ‘Strawberry legs’ ini, kalau nak tahu terdapat beberapa sebab mengapa kamu boleh terkena gejala ini.
Mencukur
Mencukur bulu kaki dengan pisau pencukur yang lama, tidak tajam dan tidak menggunakan krim pencukur, kadang-kala boleh menyebabkan masalah ‘strawberry legs’ berlaku.
- Foto – Self
Liang Pori Tersumbat
Kulit di kaki mempunyai beribu-ribu lapisan liang pori dan liang pori ini boleh tersumbat dek kerana kuman, bakteria dan sel kulit mati yang terkumpul di dalam liang pori tersebut.
Kemudian membuatkan liang pori membesar dan minyak yang tersumbat dalam liang pori mula terdedah pada udara, ia akan bertukar menjadi hitam dan masalah ‘strawberry legs’ timbul.
- Foto – Healthline
Kulit Terlampau Kering
Kulit yang terlampau kering boleh menyebabkan berlakunya masalah ‘strawberry legs’, dan beberapa masalah yang serupa dengan ‘strawberry legs’.
- Foto – Google
Rawat Masalah ‘Strawberry Legs’
Terdapat beberapa cara bagaimana untuk merawat masalah ‘strawberry legs’ ini, dan ini antara cara rawatan yang boleh kamu lakukan dan beri perhatian.
Guna Pelembap Kulit Setiap Hari
Untuk meringankan masalah ‘strawberry legs’ ini, kamu perlu memakai krim pelembap agar kulit kamu sentiasa lembap, kekal hidrat dan mampu mengurangkan gejala ini.
Pastikan kamu menggunakan pelembap yang bebas bahan pengawet yang mana, bahan ini boleh menyebabkan rasa seperti di sengat pada kulit.
- Foto – Shape Magazine
Sentiasa Srub Kulit Kaki
Untuk mengelakkan masalah liang pori tersumbat dengan sel kulit mati dan bakteria hingga menyebabkan masalah ‘strawberry legs’ berlaku, disarankan agar kamu sentiasa srub kulit kaki untuk menanggalkan sel kulit mati, daki dan bakteria.
- Foto – Style
Guna Pencukur Tajam Bersama Losyen Pelembap Atau Krim Pencukur
Jika kamu nak mencukur bulu kaki pastikan pisau pencukur yang kamu guna adalah tajam dan tidak tumpul, selain itu kamu juga harus menggunakan krim pelembap atau krim pencukur kaki untuk mengelakkan pembukaan liang pori.
- Foto – L’Oreal Paris
Guna Produk Mengandungi Asid Salicylic Atau Glycolic
Produk yang sesuai untuk kulit kaki adalah produk yang mengandungi asid salicylic dan glycolic, yang mana ia boleh membantu masalah mengatasi masalah kulit kering.
- Foto – Healthline
Bagi yang menghadapi masalah ‘strawberry legs’ ini, jangan terkejut pula bila tengok kaki tiba-tiba muncul bintik-bintik hitam yang besar dan banyak merebak di keseluruh kaki.
Jika kamu mengikuti cara rawatan yang betul, masalah ini akan hilang dengan sendirinya nanti.