IKEA memaklumkan pada tahun 2021 pengeluaran bateri alkali akan diberhentikan, dan digantikan dengan bateri LADDA yang boleh dicas semula yang mana lebih menjimatkan wang dan ekonomi.
Seluruh cawangan IKEA di seluruh dunia akan menghentikan operasi pengeluaran bateri alkali yang tidak boleh dicas secara berperingkat.
Dan dijangka menjelang bulan Oktober 2021 nanti, operasi pengeluaran bateri alkali akan berhenti sepenuhnya. Kini IKEA memfokuskan tentang penggunaan bateri LADDA IKEA yang menggantikan bateri alkali, dalam produk pemasarannya.
Bateri LADDA Lebih Jimat Wang Dan Mampu Milik
- Foto – Arkib Wanista
Lars Svensson, Pengarah Kelestarian untuk IKEA Asia Tenggara dan Mexico menyatakan bahawa dengan memilih bateri dicas semula yang mudah dan mampu milik boleh mengurangkan sisa pembuangan dan juga menjimatkan wang.
Boleh Cas Semula Sehingga 500 Kali
- Foto – Arkib Wanista
Bateri LADDA IKEA ini diperbuat daripada logam nikel (NiMH) yang boleh dicas semula sehingga 500 kali, yang mana ia lebih bagus dan menjimatkan penggunaan tenaga.
Persekitaran Lebih Terjaga
- Foto – IKEA Malaysia
Jika sebelum ini bateri alkali yang jenis pakai buang memberi impak yang tinggi kepada persekitaran tetapi dengan penggunaan bateri LADDA IKEA ini, impak terhadap persekitaran adalah rendah dan sekaligus dapat mengurangkan sisa serta dalam masa yang sama persekitaran lebih terjaga.
Penggunaan Jangka Masa Panjang
- Foto – IKEA Malaysia
Dengan penggunaan bateri LADDA IKEA yang boleh dicas semula ini, pengguna dapat menggunakan bateri secara maksimum untuk jangka masa yang panjang dan ini sangat menguntungkan serta berbaloi untuk penggunaan harian.
Harga Berbaloi Dengan Fungsi Yang Ditawarkan
- Foto – Arkib Wanista
Bateri LADDA yang menggantikan bateri ALKALISK yang merupakan bateri alkali ini, telah mula dijual di seluruh cawangan IKEA di Malaysia dengan harga yang berbaloi dengan fungsi yang diberikan.
- Bateri LADDA HR6 AA 1.2V/4 Batang Bateri – RM39.90 [BELI]
- Bateri LADDA HR03 AAA 1.2V/4 Batang Bateri – RM39.90 [BELI]
- Storhogen (Bekas Menyimpan & Mengecas Bateri) – RM149 [BELI]
- Vinninge (Tempat Mengecas Bateri USB) – RM12.90 [BELI]
Lepas ini tak perlu pening kepala nak kena cari dan beli bateri baru, kerana LADDA IKEA lebih baik dan berbaloi untuk digunakan untuk jangka masa panjang.