Sehingga kini ada netizen yang masih berdebat tentang isu pembedahan plastik selebriti sensasi China Angelababy.
Bila foto lama anda digali untuk dilihat oleh seluruh dunia, maka ia boleh menjadi perkara yang menakutkan, satu mimpi ngeri. Apatah lagi terjadi pada selebriti. Mulalah netizen mahu membanding dengan wajah sekarang, mulalah keluar cerita pembedahan plastik murahan dan bermacam lagi.
Bagi Angelababy yang telah dibebani oleh khabar angin pembedahan plastik sepanjang kariernya. Beberapa gambar #throwback baru-baru ini telah digali semula sehingga menjadi perbualan netizen di media sosial. Netizen mengatakan Angelababy melakukan banyak perubahan kosmetik di wajahnya.
- Angelababy ketika remaja. Foto – Arkib Wanista
Seorang pengguna akaun Weibo menyiarkan beberapa foto Angelababy ketika berusia sekitar 17 tahun, yang dikatakan hampir tidak dapat dikenali.
“Saya rasa ini sebelum dia membuat implan dagu, atau sebelum melakukan perubahan kosmetik yang ekstrem,” tulis pengguna seakan menyindir penampilan Angelababy, tidak natural seperti yang didakwa Angela sendiri.
Netizen kemudian mengeluarkan komen yang mengatakan bahawa Angelababy kelihatan lebih cantik sebelum berbanding sekarang.
- Ramai mendakwa Angelababy melakukan perubahan ekstrem. Foto – Arkib Wanista
“Feature semula jadinya sudah kelihatan cantik, tapi dia mengubah hidung dan dagu”.
Sementara yang lain berpendapat bahawa matanya ‘terlalu besar’ sekarang. Seorang lagi menambah dia seharusnya berhenti setelah membetulkan gigi.
Yang lain, bagaimanapun membelanya dengan mengatakan bahawa Angelababy memang memiliki double eyelid, dan menyalahkan teknik solekan yang memburukkan lagi solekan matanya.
Diperiksa Pakar Bedah Plastik
Angelababy yang kini berusia 31 tahun berusaha keras membuktikan bahawa penampilannya natural bukanlah hasil daripada pembedahan kosmetik.
Pada 2015, wajah Angelababy diperiksa oleh pakar bedah plastik terkenal. Walaupun dia secara rasmi dinyatakan bebas pembesaran – setiap perincian adalah asli, tapi khabar angin tetap berkeliaran. Sehingga ketika dia tampil di program variety, penampilannya yang berbeza daripada biasa hangat diperkatakan.
Angelababy Yang Sekarang
- Foto- Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Yang pasti tiada siapa tahu Angelababy asli atau tidak. Tapi penulis jamin Angelababy melakukan proses pemutihan kulit untuk mendapatkan kulit gebu dan putih bersih sekarang.