Wanita mana yang tidak mahu wajah mereka cantik berseri dan licin seperti bak kritasl bukan?
Kini wanita tidak perlu risau tentang tanda-tanda penuaan, kedutan atau jeragat pada kulit wajah kerana L’Oreal Paris ada jalan penyelesaianya. Jenama penjagaan kecantikan global ini menawarkan produk kecantikan dan penjagaan diri terbaik untuk wanita.
L’Oreal Paris berkongsi tips kecantikan bagi penjagaan wajah dengan menerusi dua langkah rutin dengan menggunakan L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan juga L’Oreal Paris Revitalift Day Cream yang telah dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++.
Tips Kecantikan L’Oreal Paris!
L’Oreal Paris cukup memahami kehendak para wanita masa kini yang sangat mementingkan penjagaan wajah, di tambah pula dengan pencemaran di ibu kota yang semakin hari semakin bertambah dan boleh merosakkan kulit wajah wanita.
Justeru itu, L’Oreal Paris ingin berkongsi dua langkah dan tips penjagaan kecantikan wajah untuk wanita dan pastinya keberkesanannya akan membuatkan diri kamu puas hati!
Langkah Pertama – L’Oreal Paris Revitalift crystal Micro-Essence
- Untuk mendapatkan wajah yang bersinar dan berkilau bak kristal setiap pagi, mulakan rutin penjagaan kulit dengan menggunakan Revitalift Crystal Micro-Essence setelah membersihkan muka dan menggunakan penyegar wajah.
- Goncang dan titiskan empat titisan ke telapak tangan dengan perlahan dan gosok pada kedua-dua tangan.
- Kemudian tekapkan tapak tangan yang disaluti esen tersebut dengan lembut.
- Sapu dengan lembut di bahagian dahi, pipi dan dagu dengan rata dan sehingga esen tersebut diserap masuk ke dalam kulit.
- Lakukan rutin ini setiap hari dan kulit kamu akan menjadi lebih anjal, kulit menjadi baharu dan dapat memperbaiki kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
Langkah Kedua – L’Oreal Paris Revitalift Day Cream
- Setelah esen diserap masuk ke dalam kulit wajah, lakukan rutin kedua iaitu menggunakan krim siang Revitalift Day Cream.
- Sapukan krim tersebut pada sekeliling wajah seperti dahi, pipi, dagu dan hidung.
- Ratakan krim tersebut dengan pergerakan ikut arah jam secara lembut.
- Dan dalam masa yang sama, kamu juga boleh mengurut wajah di samping membuatkan krim tersebut diserap masuk ke dalam kulit.
- Lakukan rutin ini setiap hari dan kamu akan memiliki kulit wajah yang cantik berkilau seperti kristal.
- Malah, tekstur kulit kamu juga akan menjadi lebih baik, liang pori juga mengecil dan kulit jadi lebih muda!
Jadi sebenarnya sangat mudah bagi wanita untuk mendapatkan kulit wajah cantik berseri dan berkilau bak kristal. kamu hanya perlu mengikut dua langkah ini dan jadikan ia sebagai rutin penjagaan wajah harian kamu!
Pelakon dan selebriti tanah air Siti Saleha juga mengikuti dua rutin langkah penjagaan wajah, sebab itulah wajah Siti Saleha ni selalu berseri dan bersinar macam kristal! Kalau kamu juga mahu memiliki kulit wajah macam Siti Saleha, kenalah ikut rutin L’Oreal Paris ni.
L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence ini, kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz iaitu 65ml yang dijual pada harga RM49.90 dan saiz 130ml pada harga RM79.90.
Manakala L’Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ pula, juga telah berada di pasaran dan didatangi dengan dua saiz iaitu 50ml pada harga RM63.40 dan 20ml pada harga RM29.90.
Kalau kamu ingin mengetahui lebih lanjut mengenai L’Oreal Revitalift Crystal Micro-Essence dan L’Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35++. Kamu boleh layari laman web L’Oreal Paris atau ikuti laman Facebook L’Oreal Paris.