Billy Porter namanya tidak asing lagi di persada Broadway, hasil kerjanya sentiasa memuaskan dan sentiasa tampil dengan sesuatu yang unik. Pelakon dan penyanyi yang berusia 50 tahun ini menjadi perhatian bukan saja kerana hasil kerja seninya tetapi sentuhan kreatif dalam berfesyen.
Setiap kali Billy menghadiri acara karpet merah atau majlis anugerah, Billy pasti akan tampil dengan fesyen yang unik dan apa yang mengagumkan adalah ke semua fesyen yang digayakannya sangat sesuai dan sebati dengan diri Billy.
Seolah-olah fesyen tersebut tercipta khas untuk dirinya. Ini adalah lima fesyen Billy yang memukau pandangan mata orang ramai di majlis karpet merah.
Sut Tuxedo Putih Bersama Bulu Kembang Alex Vinash
“Ini bukan outfit untuk duduk, outfit ini adalah untuk berdiri” – Billy
Melihat betapa gahnya Billy yang mengayakan sut tuxedo putih bersama bulu kembang yang boleh ditanggalkan ini, tampak seperti angel yang maskulin dengan aura bangsawan gitu. Billy sekali lagi berjaya memukaukan acara karpet merah Golden Globes 2020 tahun ini.
Gaun jumpsuit Hijau Hogan McLaughlin Dengan Tatu Rama-Rama
Billy menggayakan gaun jumpsuit berwarna hijau dengan bertatu bentuk rama-rama (tatu sementara) di dada dan lengan tangannya, mencuri tumpuan orang ramai di Critics’ Choice Awards yang ke-25.
Menggunakan tatu rama-rama sebagai simbol metamorfosis peribadi dirinya yang bebas seperti dilahirkan semula.
Sut Michael Kors & Topi Unik
Billy menggegarkan anugerah Emmy Awards 2019 dengan menggayakan sut berjalur rekaan Michael Kors, bersama topi rekaan khas yang mencuri perhatian!
Billy yang membawa pulang trofi sebagai pelakon utama dalam drama bersiri ini, membuatkan orang ramai terpaku melihat gaya fesyennya yang cukup unik dan lain daripada yang lain, terutama rekaan topi yang unik tu.
Tuxedo Dress Christian Siriano, Tampil Aura Maskulin & Feminin
Pernah tengok orang pakai tuxedo tak. Tapi yang ini lain sikit, gabungan tuxedo dan gaun rekaan dari Christian Siriano ini menonjolkan sisi maskulin dan feminin Billy semasa menghadiri acara 2019 Academy Awards tahun lepas.
Billy memang all-out dengan gaya fesyennya open dan bebas, menjadikan dirinya antara artis dengan sentuhan fesyen artistik!
Sut Cape Randi Rahm Yang Sophisticated!
Sut berserta cape mewah dan elegan ini mengambil masa enam bulan untuk disiapkan. Cape dan jaket sut yang menampilkan corak berbagai bentuk dan warna ini, adalah sulaman yang dihasilkan menggunakan tangan. Untuk elemen ‘surprise’, bahagian dalaman cape dihasilkan dengan warna fushia yang cantik.
Bukan saja gandingan sut dan cape nampak elegan dan sophistcated, malah Billy juga bijak melakukan pose yang menarik!
Tampil Anggun Dengan Gaun Jarang Berenda Celestino Couture
Billy sekali lagi buat semua orang terpegun dengan keberaniannya menggayakan gaun jarang berenda yang berwarna merah jambu, apabila menghadiri acara karpet merah 2019 Peabody Awards.
Dirinya kelihatan anggun, berani dan berkeyakinan disaat berjalan di atas karpet merah, rasanya tiada siapa yang boleh gayakan gaun sebegini selain Billy!
‘I’m Man in Dress’ – Billy
Aktor dan penyanyi ini terkenal dengan keberaniannya menggayakan fesyen yang mengundang kontroversi. Billy cukup gemar memakai gaun yang unik atau rekaan gaun dan tuxedo yang menjadi kegemaran fesyen dirinya.
Lagipun siapa kata lelaki tak boleh atau tak sesuai pakai gaun. Billy berjaya tangkis perspektif negatif tersebut dan bawa gaya fesyennya yang tersendiri.
Bagi Billy, dirinya adalah seorang insan dan lelaki suka yang memakai gaun dan dirinya menonjolkan sisi fesyen dari sudut perspektif yang orang lain tidak berani untuk mencuba. Dan fesyen yang dibawa oleh Billy mendapat pengikhtirafan dan juga kritikan dari orang ramai.
Tetapi itu semua tidak memudarkan atau mematahkan semangat Billy untuk meneruskan menggayakan fesyen yang selesa dan kena dengan jiwanya. Sentuhan fesyen maskulin dan feminin nampaknya telah menjadi trademark Billy dalam menggayakan apa jua fesyen.
Fesyen Billy Porter memang lain dari yang lain.