Setelah sekian lama menjadi antara produk kosmetik mampu milik yang boleh didapati di gedung-gedung kecantikan dan kesihatan seperti Guardian dan Watsons, Revlon baru-baru ini tampil dengan koleksi kosmetik yang diberi nafas baharu dipanggil Revlon PhotoReady Candid.
Terdiri daripada keperluan asas solekan seperti Rose Glow Hydrating & Illuminating Primer (RM65.90), Antioxidant Concealer (RM39.90), Natural Finish Anti-Pollution Foundation (RM59.90) dan Anti-Pollution Setting Powder (RM49.90) yang rata-ratanya mampu melengkapi wajah kamu dengan hasil solekan natural yang bikin kulit kelihatan sihat dan menawan sepanjang hari.
Untuk pengetahuan semua, setiap satu inovasi ini bakal memberikan kemasan solekan yang halus dan licin bagi membantu wanita menyerlahkan keyakinan diri mereka. Apabila kulit terlihat sihat tanpa solekan berlebihan sekaligus mampu menutup cela dengan sempurna, seseorang individu itu pasti terasa lebih nyaman biarpun perlu berhadapan dengan orang ramai dalam rutin harian mereka.
Bahan-bahan formula yang digunakan untuk membangunkan koleksi Revlon PhotoReady Candid ini juga diperakui kualiti dan keselamatannya dengan nutrisi vitamin E, elemen anti pencemaran serta kaya dengan sifat antioksidan bagi melindungi kulit dari faktor pencemaran yang bisa mempengaruhi kemunculan penuaan.
Tonton Video Kempen Revlon PhotoReady Candid
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/RevlonMalaysia] atau lawat laman sesawang rasmi Revlon di [revlon.com].