Masih mencari-cari helaian pernikahan atau resepsi yang minimalis tetapi masih mampu menonjolkan aura kelainan buat santapan mata hadirin yang melirik? Perkenalkan koleksi “The Garden of Babylon” oleh pereka fesyen terkemuka tanah air, Alia Bastamam.
Menggabungkan signature feminin yang sofistikated, dengar kata himpunan Ateliar dan Bridal untuk 2019/2020 dari pereka fesyen yang pernah menyandang status sebagai “Designer of the Year” Minggu Fesyen KL 2017 ini diilhamkan dari dua karakteristik kewanitaan -termasuklah “Sensual Liberty” serta “Pure Innocence”.
Alia Bastamam Bridal 2019/2020
Dari segi perincian, Alia banyak pula bermain dengan susunan kain menggunakan teknik drapping ilham dari fesyen pemakaian zaman Yunani untuk menyerlahkan lagi sisi penampilan si tuan puteri dari zaman purba Mesapotamia.
Palet warna yang diketengahkan pula terdiri daripada rona-rona neutral dengan sedikit kejutan merah dan hitam manakala, penggunaan fabrikasi polos turut tidak ketinggalan untuk menambah sisi sensual agar tampak lebih ringkas dan kemas.
Alia Bastamam Ateliar 2019/2020
Seperti yang kita tahu, jenama fesyen Alia Bastamam merupakan penggerak yang sentiasa komited untuk mencipta pemakaian yang serasi dengan bentuk tubuh realistik wanita moden, baik buat mereka yang berbadan gempal mahupun kurus.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [aliabastamam.com].