Senang cerita kebanyakan gadis Malaysia lebih senang memilih untuk gaya fesyen yang bersederhana dan kekal feminin. Tidak seperti para gadis di barat yang daring dan berani memakai pakaian yang terdedah sana sini. Kalau berlaku di Malaysia pun cukup jarang sekali dan biasanya mereka akan terima kecaman. Biasalah orang Malaysia kebanyakan dari tumbuhan ‘bawang’.
Penulis juga secara peribadi gemar memilih gaya fesyen yang ringkas tapi masih lagi menyerlahkan sisi manis dan feminin. Rasanya bila usia dah nak masuk three-series dah tak cukup sesuai untuk kelihatan raging and rock.
Jika anda masih lagi tercari-cari langkah apakah untuk kelihatan sweet atau gadis ayu pilihan, nah penulis senaraikan apa yang perlu ada dalam almari kamu. Siap sedia!
#1 Corak floral atau fauna
Dalam kepala penulis baju dengan corak bunga-bunga atau haiwan comel sentiasa cantik dimata. Ianya imbasan paling mudah untuk anda kelihatan ayu, manis dan lemah-lembut. Cuba anda lihat sendiri corak baju kurung kebanyakan juga dari bunga-bungaan. Jadi cuba pilih blaus atau dress labuh yang bermotifkan floral dan fauna. Namun hati-hati corak itu biarlah nampak minimalis dan tidak serabut.
#2 Warna lembut
Tak suka dengan pakaian bercorak, tetapkan dalam almari pakaian kamu dengan rona lembut atau pastel. Jauhkan diri dari memakai baju dengan warna-warna terang neon atau garang.
#3 Aksesori
Utama sekali pilihan beg tangan kamu, cuba sesuaikan beg tangan dengan majlis yang anda hadiri. Kalau boleh elakkan membawa beg tangan jenis tote atau besar kerana ia boleh tenggelamkan anda. Aksesori perhiasan pula utamakan dari jenis mutiara dan mutiara diukir halus.
#4 Kasut
Sudah menjadi kenyataan, high heels dan flats antara pilihan untuk tampil feminin. Cumanya anda perlu bijak dalam mengayakan sepatu ini. Biarlah ia tetap selesa dan sesuai dengan penampilan anda pada hari itu.
Tips yang paling penting ialah kekal minimalis dengan apa jua tidak kiralah pada pakaian, aksesori, hijab atau solekan. Ambil contoh seperti selebriti Mira Filzah atau Nur Fazura yang 24/7 nampak sweet~