Saat Sandra Oh diumumkan bakal mengacarakan majlis anugerah berprestij Golden Globes 2019 di samping aktor Andy Samberg, pada awalnya ramai yang naik keliru.
Sebagai seorang bintang kacukan Korea – Kanada, tidak ramai yang menyangka dia mampu memeriahkan malam gemerlapan tersebut sehingga beliau sendiri sebenarnya mencipta dua sejarah dalam satu malam apabila dinobat sebagai pemenang dalam saat beliau mengacara!
Sebagai insan bertuah berdarah Asia pertama yang diberi tanggungjawab seumpamanya untuk menjadi hos mengendalikan pengacaraan Golden Globes 2019, beliau tidak melepaskan peluang itu untuk turut menyelitkan beberapa potong mesej untuk menghargai hadirin terdiri daripada individu-individu industri hiburan yang hadir dari belbagai latar belakang.
Ibu bapa Sandra Oh turut jadi perhatian pada malam Golden Globes Awards ke-76 semalam…
There could be 100 people in the room, and 99 of them don't believe in you but if Sandra Oh's mom does … that's honestly all that matters pic.twitter.com/hG6cCDufaj
— Netflix (@netflix) January 7, 2019
Perkara itu sedikit-sebanyak membuatkan ramai kagum dengannya dan dia kini bukan dikenali hanya kerana pernah muncul sebagai pelakon pembantu dalam siri popular “Grey’s Anatomy”.
Untuk pengetahuan semua, ini 6 perkara menarik yang mungkin kamu tidak tahu tentang aktres berbakat Sandra Oh…
#1 Aktres Asia Pertama Tercalon Dalam Emmy Awards!
Selama lebih 20 tahun terlibat dalam layar perak, bakat lakonan Sandra Oh sangat dihargai dalam kalangan orang industri seni dan akhirnya menerusi drama bersiri “Killing Eve”, nama Sandra turut disenarai sebagai calon pemenang yang bertanding untuk kategori “Aktres Utama Paling Menyerlah” dalam acara anugerah Emmy Awards 2018 tahun lalu.
#2 Pengiat Seni Asia Pertama Jadi Hos Di Golden Globes
Bagi kamu yang meminati dunia hiburan Hollywood, Golden Globes adalah antara majlis penganugerahan paling berprestij namun, siapa sangka kerana Sandra Oh berjaya menonjolkan bakat pengacaraannya apabila diberi kepercayaan untuk menggamatkan malam acara itu sebagai hos asia pertama yang pernah mengacarakan Golden Globes!
#3 Dulu Cuma Seorang Ballerina
Sejak kecil, dia sudah didedahkan dengan dunia seni menerusi tarian ballet namun sejak dia meningkat remaja, bakat beliau semakin meluas apabila diterima masuk untuk tugas-tugas profesional untuk televisyen, teater dan periklanan.
Tonton Temu Bual Belakang Tabir Bersama Sandra Oh
#4 Tak Gilakan Populariti
Patutlah ramai yang tidak sedar akan kewujudan Sandra Oh kerana tujuan beliau terlibat dalam industri seni bukanlah untuk menjadi popular tetapi kerana hati beliau yang terlalu cinta akan bidang lakonan. Sesungguhnya Sandra menjelaskan yang beliau mahu fokus terhadap kerjayanya sebagai orang seni dan bukannya cuma mengubah diri untuk meraih pujian orang.
#5 Bekas Suaminya Orang “Ada-Ada”
Bukan kita sahaja iyang kagum dengan bakat lakonan Sandra Oh kerana sebelum ini, rupanya Sandra Oh pernah berkongsi hidup dengan seorang Penulis dan Pengarah filem yang sangat popular iaitu Alexander Payne sejak 2003. Namun sekitar 2006, mereka mengumumkan penceraian.
#6 Suaranya Banyak Digunakan Dalam Animasi
Dalam diam, suara galak Sandra Oh sebenarnya banyak dipinjamkan sebagai suara karakter kartun dalam beberapa filem dan siri animasi “American Dad”, “Mulan 2” dan “Phineas and Ferb”.
Boleh tahan hebat juga Sandra Oh ni kan? Jangan tak tahu, beliau juga fasih berbahasa Perancis selain mampu bertutur dalam Korea dan Inggeris. Oh well! Tahniah Wanista ucapkan kerana dah harumkan nama Asia sekaligus.