Buku cerita atau bahan bacaan umumnya sering dikaitkan dengan aktiviti sebelum tidur. Menurut fahaman barat zaman dahulu, amalan membaca sebelum tidur dapat membantu proses lena bahkan menggalakan otak untuk membebaskan segala resah dan masalah sekaligus mendorong tubuh lebih sedia untuk masuk ke alam mimpi (tidur lebih lena).
Justeru, Airbnb yang sentiasa komited untuk menyediakan rumah tumpangan terbaik buat para pengembara baru-baru ini melancarkan kempen dipanggil “Once Upon a Sleepover” yang membuka peluang kepada pencinta buku di seluruh dunia untuk menginap dalam kediaman ekstrik yang dikelilingi buku!
Buat kamu yang gemar membaca kerana menganggap perkara itu sama seperi pengembaraan yang mampu membawa kamu menjelajah ke dunia lain, ini 7 kediaman Airbnb dari seluruh dunia yang bukan sahaja membolehkan kamu bermalam secara mewah, tetapi dalam masa yang sama boleh juga memuaskan obsesi kamu terhadap buku untuk membaca pelbagai bahan bacaan secara bebas.
#1 Kediaman The Fitzgerald: Alabama
Teringin nak bermalam dalam rumah klasik milik penulis popular era 30-an? Di Alabama terdapat sebuah apartmen yang memuatkan dua buah bilik yang pernah menjadi kediaman kepada pasangan penulis F. SCott dan Zelda Fitzgerald.
Mereka sekeluarga menghuni di rumah ini dari 1931 hingga 1932 dan banyak menghabiskan masa untuk menulis karya novel terkemuka berjudul “Tender Is The Night” dan “Save Me The Waltz”.
#2 Studio Bersejarah John Steinback: California
Tinggal dalam rumah yang bersejarah macam ni seronok juga. Dimiliki oleh Joh Steinback sekitar era 40-an. Belaiu menggunakan kediaman ini sebagai studio penulisannya untuk menulis pelbagai karya novel seperti “The Sea of Cortez”.
Ia kemudian telah diubah suai menjadi muzium yang kelihatan lebih sofistikated, romantik dan maskulin dalam masa yang sama.
#3 After Hemingway: Cuba
Makna sebuah percutian bukan hanya tertakluk kepada tempat menginapan semata tetapi tarikan yang ada di sekelilingnya untuk diterokai.
Mungkin kamu boleh ke After Hemingway ini untuk menikmati pengalaman bercuti yang satu dalam seribu.
#4 Kediaman Robert Louis Stevenson: Scotland
Siapa masa sekolah menengah dulu pernah baca novel “Dr Jekyll and Mr Hyde”? Inilah kediaman penulis novel tersebut!
Rasai pengalaman bermalam dalam bangunan bersejarah yang terletak di tengah-tengah kota Edinburgh ini. Sambil itu boleh belajar dan tahu tentang salah-silah keluarga Robert Louis Stevenson sekaligus menikmati hidangan asli klasik masyarakat Scotland terdiri daripada pelbagai pastri dan kek serta minuman teh menyelerakan!
#5 Bilik Idaman Harry Potter: Georgia
Rasanya ramai yang menanam impian untuk belajar di sekolah magik Hogwarts. Tak perlu runsing, boleh cuba menginap di bilik yang dideko serba-serbi serupa seperti bilik Harry Potter yang ditonton dalam filem.
Kalau kamu ketinggalan peluang untuk menginap di 5 penginapan itu tadi, kamu masih berpeluang untuk ‘tidur dengan buku’ di kedai buku The Open Book dekat Scotland.
The Open Book: Scotland
Merupakan salah satu kedai buku popular di Scotland yang menawarkan apartmen untuk diinap di bahagian atas kedainya. The Open Book ini terletak di daerah Wintown yang turut dikenali sebagai Bandar Buku Kebangsaan Scotland tau?!
Jangan lepaskan peluang untuk menempah penginapan di sini kerana setelah penat dan lelah menjelajah banda Scotland, boleh masuk ke The Open Book untuk mendapatkan bahan bacaan yang kena dengan jiwa kamu sebagai pengembara yang ulat buku.
Untuk keterangan lanjut, layari [airbnb.com]. Selamat mengembara semuanya! ❤