Bintang pop. Ikon fesyen.
Kini, diva Lady Gaga meluaskan bakat seninya dalam bidang lakonan apabila menjadi tunjang utama filem remake A Star Is Born borsama aktor Bradley Cooper.
Debut di Festival Filem Venice 2018, penampilan Lady Gaga paling mencuri tumpuan lensa malah setiap lagaknya sudah persis primadona. Gaga bijak bermain dengan angle dan sentiasa memberi gaya yang paling glamor dan meletop.
Dari dramatic entrance ke karpet merah dengan persalinan berbulu rona merah jambu, lihat beberapa momen diva Gaga paling diingati.
Entrance paling dramatik dibuat oleh Lady Gaga dalam dress body-fitted serba hitam dengan gaya rambut ala primadona serta layangan flying kiss. Totally Queen!
Walaupun dalam hujan, Lady Gaga tetap tampil glamor dalam gaun berbulu merah jambu dari koleksi couture Valentino 2018 di karpet merah.
Seterusnya Gaga bergaya bak primadona Marilyn Monroe mengenakan dress serba putih, memberi sisi seksi dengan potongan yang mendedahkan dadanya. Gaga sangat hot dari atas hingga bawah.
Yang pasti Lady Gaga kelihatan lebih baik dari penampilan ketika zaman Poker Face sebelum ini. Penulis terlalu teruja tengok Gaga sebab cantik sangat ❤