Hujung-hujung minggu ni tekak tak rasa macam nak makan nasi sangat kan? Jadi sebagai pengganti nasi, teringin pula nak makan stik tapi agaknya di mana tempat paling syok untuk nikmati stik ddengan harga yang murah sekitar bawah RM50? Ha ini Wanista ada cadangannya.
#1 Kafe Kaki Corner
Walaupun hanya dihidangankan dengan hidangan sampingan berbentuk kentang goreng biasa dan sayuran coleslaw, hidangan stiknya tidak boleh dibandingkan dengan pesaing-pesaiang makanan jalanan yang lain. Sedap tak terkata bahkan rasa dagingnyasanagt mengancam menurut ramai orang. Rasa herba dan lada hitam bersatu rasa dalam daging yang lembut dan empuk untuk memenuhi selera ramai orang. Boleh cuba sendiri!
Alamat: 20 & 22 Jalan Siput Akek, Taman Billion, 56000, Cheras, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari | 5pm–1am
#2 Coliseum Cafe & Grill
Restorannya berinspirasikan hiasan dalaman retro ala tahun 1920an, sebaik melangkah masuk ke bar ini, aroma makanan yang enak-enak dapat dihidu seraya buatkan selera kamu membuak-buak untuk mencuba sendiri keenakan rasa stik yang digril garing dengan sapuan gris dengan sensasi berherba.
Alamat: 98-100 & 102 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Bandaraya, Kuala Lumpur
No.Telefon: 03-2692 6270
Waktu Operasi: Setiap Hari | 10am-10pm
#3 Suzi’s Corner
Kalau kamu tengok, kedai stik ini memang berada di tepi-tepi jalan. Namun, sebaik rasa sendiri hidangan yang anda. Kamu pasti terpaku dengan rasa daging yang memukau. Harga pula adalah mutah belaka sekitar RM31 hinggan RM34 sepinggan.
Alamat: 213/26 Jalan Ampang Batu 4 1/2, Jalan Ulu Kelang, 68000, Ampang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari | 5.30pm-5am
#4 Station 21 Sizzling Steak
Amacam? Tengok gambar pun dah mengancam habis ni! Tapi harga tak sampai RM50?!
Alamat: Cafe @ Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, 59100, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari | 12pm-11pm
#5 Vandtador
Harga bermula RM50 untuk dua orang makan, stik di sini memang terkenal kerana teknik masakannya yang bergitu profesional membuatkan tekstur asli daging terasa asli dan segar tanpa menggunakan banyak bahan perasa. Kalau nak rasa kenalah datang okay!
Alamat: 38, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-62115588
Waktu Operasi: Setiap Hari | 6:30PM to 12:30AM
Malam nanti bolehlah ajak kawan-kawan atau yang tersayang pergi okay? Jangan risau… minggu depan gaji kan masuk. ❤