Bila pergi Sephora, Watsons atau Guardian pasti rambang mata melihat warna-warna gincu yang dijual. Trend kini juga lebih kepada gincu matte yakni gincu lebih tahan lama, tidak berkilat dan tidak mengeringkan bibir.
Seiring mengikut trend kecantikan dunia, tidak kira apa jua jenama sekalipun menjadikan gincu matte pelaris dan persaingan hebat diantara jualan. Membuatkan pengguna tidak menang tangan untuk membeli tidak pun mengumpul koleksi warna-warna gincu matte.
Buat anda yang gemar pada dunia mekap namun masih lagi berhati-hati dengan bajet. Nah! Wanista senaraikan tujuh jenama kosmetik
#1 Wet n Wild Megalast Lip Color (RM18.80)*
Paling murah dan comel! Saiz gincu matte dari Wet n Wild ini sedikit kecil sesuai untuk dibawa kemana-mana sahaja. Ada 21 warna tapi kalau dengan harga murah sebegini dah boleh borong semua.
#2 Maybelline The Creamy Mattes by Color Sensational (RM27.90)*
Jenama mekap drugstore paling popular ini telah mengeluarkan lebih 60 warna, gila kan?! Wanista dah pernah buat review untuk gincu ini. Baca: Gincu Matte Baharu Maybelline Tahan Lama? Baca Review Wanista Dulu. Masa gincu mula-mula hit pasaran memang ramai membeli kerana kadar harga yang berpatutan. Itu belum lagi bila ada diskaun memang terus kosong kaunter Maybelline.
#3 Elianto In-Matte Lipstick (RM27.90)*
Siapa yang pernah baca artikel ‘8 Fakta Menarik Tentang Jenama Kecantikan Elianto Mesti Anda Tahu’ pasti kenal dengan jenama tempatan ini. 8 warna gincu matte Elianto diperbuat daripada tekstur yang selesa dan melembabkan bibir sepanjang hari. Jadi bibir tidak rosak walaupun dioles pekat dengan warna matte.
#4 NYX Professional Makeup Matte Lipstick (RM30.20)*
Produk luar yang paling berpatutan dengan kualiti yang terbaik. Tak dapat dinafikan barang mekap dari NYX memang semuanya terbaik. 23 warna gincu matte ini tidak glossy dan tinggi pigmen.
#5 Sendayu Tinggi Creamy Matte Lipstick (RM31.00)*
Support locals! Produk tempatan Sendayu Tinggi juga mempunyai gincu matte dari 6 pilihan warna memikat. Gabungan matte-creamy ini dapat memberi kemasan lembut pada bibir. Harga yang ditawar juga amat berpatutan, bolehlah anda pergi cuba selepas ini.
#6 Revlon Super Lustrous Matte (RM35.64)*
Koleksi gincu Revlon Super Lustrous dari jenis matte punya 12 rona berbeza. Ia mudah dioles pada bibir dan selesa dipakai. 12 warna yang diperkenal lebih kepada warna yang boleh digaya setiap hari seperti merah jambu, merah dan nude.
#7 L’Oreal Color Riche Matte (RM37.64)*
Baru sahaja masuk pasaran, gincu matte baharu L’Oreal dikatakan memberi kelembapan terbaik. Diperkaya dengan minyak jojoba dan Camelia, Gincu Color Riche Matte cantik pada bibir dan langsung tidak mengeringkan. Koleksi gincu matte ini ada 25 warna untuk dipilih! Wanista suka bekas gincu L’Oreal kali ini nampak mahal dan anggun kombinasi hitam dan emas.
Biar murah dan berkualiti, asalkan jangan yang tiruan ya!
* harga yang dinyatakan mungkin berubah-ubah mengikut jualan atas talian, stor atau diskaun.