Menurut dari CEO syarikat penerbangan gergasi Qatar Airways hanya lelaki sahaja yang mampu menyandang jawatan sepertinya.
Akbar Al Baker mengulas pandangan beliau selepas ditanyakan tentang hak samarata jantina dalam industri penerbangan serta membawa masuk lebih ramai lagi kaum wanita dengan meletakkan mereka didalam posisi yang tertinggi terutamanya didalam syarikat penerbangan Timur Tengah.
“Ia harus disandang oleh lelaki kerana ini adalah posisi yang mencabar” jelas Al-Baker.
Terkejut dengan alasan yang diberi oleh Al Baker, beberapa wartawan yang menemuramah berdehem dan menghela nafas yang panjang. Adakah, lelaki ‘berkuasa’ ini memandang rendah keupayaan wanita untuk menguruskan syarikat besar seperti Qatar Airways?
Anda boleh dengar melalui audio ini tentang komen Al Baker:
The audible gasp from the crowd as @qatarairways GCEO and @IATA Chairman Akbar Al Baker "jokes" only a man can be a CEO is amazing. Listen for yourself. @Qantas CEO Alan Joyce cutting him off was both good and bad, I suppose. #IATAAGM #iawa @WomenInAviation @WomenOfAviation pic.twitter.com/rrrFND3G5E
— Seth Miller (@WandrMe) June 5, 2018
Mungkin sedar akan ‘kesilapan’ yang dibuat, Al Baker kembali menerangkan tentang Qatar Airways adalah penerbangan yang pertama memberi kepercayaan kepada juruterbang wanita dan beberapa jawatan senior telah pun disandang oleh wanita.
Malah baginya Qatar Airways sentiasa memberi galakkan kepada wanita untuk mengembangkan kerjaya disini.
“Saya berbesar hati untuk menawarkan jawatan saya kepada calon wanita yang layak.”
Ini bukan kali pertama Al Baker memberi komen berkait sensitiviti jantina, terdahulu beliau didesak untuk membuat permohonan maaf kerana menggelarkan pramugari dari syarikat penerbangan Amerika Syarikat sebagai ‘nenek’. Hal ini berbangkit selepas peluang untuk menjadi ahli kabin Qatar Airways hanyalah pada mereka sekitar umur 26 tahun sahaja berbanding di Amerika yang lebih terbuka.